‘Piring Terbang Gergasi’ Muncul Di Kawasan Alaska Dan Dilihat Seolah Bergerak Atas Air

Tular baru-baru ini mengenai satu rakaman video yang memaparkan satu benda seakan ‘pring terbang gergasi’ sedang bergerak diatas permukaan air. Video tersebut nyata telah mengejutkan orang ramai yang tergaman dan keliru apabila melihat benda tersebut.'Piring Terbang Gergasi' Muncul Di Kawasan Alaska Dan Dilihat Seolah Bergerak Atas Air

Video ‘piring terbang gergasi’ itu dimuatnaik oleh Facebook Glacier Bay National Park and Preserve dan dirakam dari sebuah bot dari Glacier Bay, Alaska.

Meskipun ianya kelihatan seperti ‘piring terbang gergasi’ yang terapung dan bergerak atas air, namun sebenarnya bukan. Ianya sebenarnya merupakan sebuah pulau di Alaska.'Piring Terbang Gergasi' Muncul Di Kawasan Alaska Dan Dilihat Seolah Bergerak Atas Air

Menurut seorang staf yang memuatnaik video tersebut, punca fenomena unik dan luar biasa tersebut berlaku adalah disebabkan fenomena fatamorgana yang muncul pada garisan horizon Bumi.'Piring Terbang Gergasi' Muncul Di Kawasan Alaska Dan Dilihat Seolah Bergerak Atas Air

Pulau itu kelihatan seakan terapung seperti piring terbang disebabkan pencahayaan. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ilusi optik yang ‘menipu’ pandangan kasar terutamanya dari jarak yang agak jauh.

VIDEO:

Seringkali di gurun pasir, fatamorgana menyerupai tasik atau air atau bandar. Ini sebenarnya ialah pantulan berbanding langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin. Perkataan ‘Fatamorgana’ ialah nama ahli sihir dalam kisah Raja Arthur, Faye le Morgana, yang boleh berubah-ubah rupa.

Facebook Comments Box

Leave a Reply