Waktu kecil melihat pelangi mesti pernah tertanya-tanya dan berminat nak tahu apa yang ada di hujung pelangi bukan?
Lagi-lagi orang-orang zaman dulu pernah kata, mungkin terdapat harta dan emas, dan juga alam misteri di hujung pelangi kerana amatlah mustahil untuk seseorang itu menjumpai hujung pelangi. Tapi sebenarnya, bukanlah sesuatu yang mustahi, seperti yang dibuktikan oleh lelaki ini.
Pelangi sememangnya salah satu daripada fenomena alam yang sangat indah. Ia timbul hasil daripada pembiasan dan pantulan cahaya matahari.
Kebiasaannya, kita dapat melihat bentuk pelangi dalam keadaan lingkaran yang separuh sahaja. Disebabkan itu juga, mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu di manakah hujung ‘kaki’ pelangi tersebut.
Ada ke yang pernah tengok hujung pelangi depan-depan mata sendiri? Kalau ada, korang sememangnya sangat bertuah kerana bukan mudah untuk ‘menemui’ keindahan itu.
Sama bertuahnya dengan seorang lelaki dari Indonesia ini yang sempat merakam hujung pelangi.
Video yang dimuatnaik di TikTok itu menyaksikan bahawa hujung pelangi tersebut berada betul-betul di jalan berhampiran kawasan perumahannya.
VIDEO:
Dengan hujan yang renyai, dapat dilihat ‘hamparan’ pelangi di langit itu berakhir pada jalan tersebut. Lelaki yang merakam video itu kedengarannya sangat teruja dan kagum melihat hujung pelangi itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang juga turut teruja kerana pertama kali melihatnya. Min ingat lagi dulu orang tua-tau pernah kata jangan tunjuk jari ke pelangi, nanti kudung, huhuhu. Tak benar ya, korang jangan percaya pula.
Sumber: Siakapkeli