Boleh dikatakan hampir setiap rumah mesti akan ada cicak. Cicak ini tidak membahayakan dan ramai yang tak kisah dengan kehadiran cicak dalam rumah mereka. Namun apabila bilangan cicak makin bertambah, maka sudah pasti penghuni rumah akan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi kalau setiap hari terpaksa bersihkan banyak tahi cicak.
Cicak ni suka bersembunyi di kawasan yang berhampiran dengan lampu untuk menunggu mangsanya. Kalau tidak dibendung, haiwan ini akan beranak pinak sehingga menyebabkan kawasan rumah dipenuhi tahi cicak.
Masalah ini sebenarnya boleh di atasi dengan satu cara mudah yang dikongsikan oleh Puan Roslina Hashim.
Saya paling geram bila cicak berak merata tempat, terutama di lantai, dan tepi cermin rumah. Bukan sahaja nampak kotor tapi baunya yang sangat busuk, uwekkk!! satu pula nak kena bersihkan tahi cicak ni.
Dengan 3 bahan yang mudah di dapati di dapur, masalah tahi cicak di rumah anda boleh settle!
Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:
- 1/3 Cuka makan
- 1/3 Air
- 1/3 Cecair pencuci pinggan
Cara-cara Membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Spray di kawasan yang cicak suka bersembunyi terutama berhampiran dengan lampu.
Racun ini boleh juga digunakan untuk halau semut. Lepas semburan, cicak takkan lagi berani datang di kawasan yang telah di spray tadi.
Semoga membantu dan selamat mencuba semua!