Pelayan Restoran Terkejut Terima Tip Lebih RM8,000 Daripada Pelanggan

Pemberian tip untuk servis kepada pelanggan restoran mungkin satu amalan  yang biasa pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di luar negara. Namun agak jarang jika pelanggan memberi tip yang nilainya berganda-ganda daripada harga bil  yang dibayar.Pelayan Restoran Terkejut Terima Tip Lebih RM8,000 Daripada Pelanggan

Jarang sekali pelayan restoran menerima tip begitu banyak apatah lagi bernilai AS$2,020 (RM8,126).

Namun, itu rezeki terpijak pembuka tirai tahun baru buat seorang pelayan restoran berasaskan masakan India di Amerika Syarikat.

Menurut Masala Mantra Indian Bistro, permulaan tahun baru kali ini sangat menggembirakan apabila mereka menerima tip daripada pelanggan baik hati atas khidmat cemerlang pekerjanya, Dawn.

“AS$2,020 tip daripada pelanggan kami untuk servis cemerlang Dawn.

“Kami tidak berhenti tersenyum dan tumpang gembira untuk Dawn.

“Semoga Tuhan merahmati kumpulan orang baik-baik ini,” kata restoran itu dalam hantaran dikongsikan di Facebook seperti dipetik Hindustan Times.

Pelayan Restoran Terkejut Terima Tip Lebih RM8,000 Daripada Pelanggan

Restoran itu berkata, pandemik yang berlaku tahun ini memberikan kesukaran kepada setiap restoran meneruskan operasi termasuk mereka tetapi sikap terpuji berkenaan menceriakan tahun mereka.

“Kami bersyukur untuk semua sokongan pelanggan dalam tahun sukar ini. Mereka membawakan kegembiraan dan sinar buat sebahagian komuniti pelayan kita,” katanya.

Hantaran terbabit turut disertakan dengan sekeping gambar resit yang mengandungi harga makanan dan jumlah tip diberikan pelanggan berkenaan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply