Pelajar Perempuan Curi Duit RM63 RIBU Milik Neneknya Dan Berikan Duit itu Kepada Rakan-rakan Sekelas

Seorang remaja perempuan yang juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah didapati mengedarkan duit curi bernilai bernilai beratus-ratus dolar kepada setiap seorang rakan sekelasnya.Pelajar Perempuan Curi Duit RM63 RIBU Milik Neneknya Dan Berikan Duit itu Kepada Rakan-rakan Sekelas

Perbuatan pelajar perempuan tersebut telah sampai ke pihak polis apabila menerima beberapa laporan mengenai seorang pelajar yang mengedarkan duit kepada rakan sekelasnya.

Ketika menjalankan pemeriksaan, pegawai sekolah telah menemui wang tunai berjumlah kira-kira AS$2,500 (RM11,800) di dalam beg sekolah remaja berusia 14 tahun dari sekolah Sekolah Menengah Lake Weir di Summerfield, di negeri Florida, Amerika Syarikat itu.

Ketika disoal siasat, pelajar itumemberitahu dia memperoleh duit itu daripada bekas pelajar lain yang memintan bantuannya untuk mengedarkan duit berkenaan.Pelajar Perempuan Curi Duit RM63 RIBU Milik Neneknya Dan Berikan Duit itu Kepada Rakan-rakan Sekelas

Jika cerita itu adalah benar, mungkin pelajar terbabit mahu menghadiahkan sesuatu untuk menggembirakan rakan-rakannya. Namun begitu, segalanya terbongkar tidaklama kemudian apabila pihak polis mendapati dia memperoleh sumber duit itu daripada peti keselamatan milik neneknya di rumah.

Pelajar perempuan ini dipercayai mencuri duit simpanan neneknya sebanyak lebih kurang AS$13,500 (RM63,750) di rumah dengan memecah peti keselamatan milik neneknya. Apa yang lagi mengejutkanadlaah pelajar perempuan itu mengaku membuka peti kesematan neneknya dengan menggunakan pemutar skru dan pencungkil besi.Pelajar Perempuan Curi Duit RM63 RIBU Milik Neneknya Dan Berikan Duit itu Kepada Rakan-rakan Sekelas

Duit yang diambil oleh pelajar ini adalah duit yang diperoleh oleh neneknya selepas menjual sebuah rumah miliknya.

Walaubagaimanapun, pelajar ini tidak memberitahu kenapa dia berbuat sedemikian. Namun begitu dia mengakui bahawa dia telah memberikan duit kepada rakan-rakannya di sekolah.Pelajar Perempuan Curi Duit RM63 RIBU Milik Neneknya Dan Berikan Duit itu Kepada Rakan-rakan Sekelas

Menurut laporan Insider, pihak polis dan sekolah cuba untuk mendapatkan semula semua duit berkenaan dan turut meminta para ibu bapa agar memeriksa anak-anak mereka. Setakat ini, pihak sekolah memberitahu sebanyak AS$700 (RM3,300) duit telah dipulangkan semula oleh para pelajar. Pelajar perempuan ini juga dikatakan akan didakwa mencuri atas perbuatannya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply