Pekerja buruh yang dikenali sebagai Dilip Mistry telah menemui berlian seberat 7.44 karat itu di lombong di Jaruapur manakala seorang lagi pekerja buruh dikenali sebagia Lakhan Yadav pula berjaya menggali dan menemui berlian seberat 14.98 karat di wilayah Krishna Kalyanpur.
Menurut pakar berlian, Anupam Singh, berlian yang ditemui mereka akan disimpan di pejabat berlian sebelum ianya dilelong kepada pembida-pembida yang berminat.
Penemu berlian pula akan mendapat ganjaran sebanyak 12.5 peratus daripada harga jualan selepas pemotongan royalti.
Walaupun nilai sebenar berlian itu bakal ditentukan oleh pihak berkuasa, namun harga berlian seberat 7.44 karat itu boleh mencapai sehingga ₹ 30 lakh atau lebih kurang RM 172 Ribu manakala berlian yang lebih besar, 14.98 karat pula dianggarkan bernilai lebih kurang RM328,000!
Lakhan Yadav ketika ditemui bercadang mahu menggunakan duit yang diperolehnya untuk membiayai pendidikan anak-anaknya. Selain itu dia juga berharap akan dapat menemui beberapa butir berlian lagi di masa akan datang.
Seperti juga Lakhan Yadav, Dilip Mistry juga menemui berlian pertama kali ketika menggali lombong.
“Saya adalah salah seorang daripada empat orang di dalam satu kumpulan dan kami telah bekerja keras untuk mengorek berlian di tanah persendirian kami selama enam bulan terakhir. Dengan rahmat tuhan, saya telah menemui berlian berkualiti baik ini untuk pertama kalinya” – katanya.
Daerah Panna yang terletak di belakang wilayah belakang Bundelkhand sememangnya dikenali dengan lombong berlian.