Kucing Aneh Bermata ‘Berlian’, Orang Ramai Percaya Kucing Ini Bawa Tuah Kepada Pemiliknya

Dalam kehidupan seharian kita, antara haiwan yang paling sering kelihatan berada di sekeliling kita ialah kucing dan salah satu sebabnya adalah disebabkan ianya merupakan antara haiwan peliharaan yang paling digemari oleh masyarakat di seluruh dunia.Kucing Aneh Bermata 'Berlian', Orang Ramai Percaya Kucing Ini Bawa Tuah Kepada Pemiliknya

Baru-baru ini, tular mengenai seekor kucing di Thailand yang mempunyai sesuatu yang berbeza dengan kucing-kucing lain. Hal ini kerana kucing ini mempunyai sebelah mata yang kelihatan bersinar seakan berlian.

Kucing berbulu oren ini menjadi tular selepas rakamannya dimaut naik di Tiktok oleh seorang pengguna dan jumlah tontonan video tersebut telah mencecah sehingga jutaan tontonan.

Dikatakan ramai rakyat Thailand yang percaya bahawa kucing yang mempunyai mata ‘berlian’ akan mendatangkan tuah kepada pemiliknya dan menyebabkan pemiliknya akan memperoleh berlian.Kucing Aneh Bermata 'Berlian', Orang Ramai Percaya Kucing Ini Bawa Tuah Kepada Pemiliknya

 

Kepercayaan rakyat Thailand ini juga pernah digambarkan dalam sebuah filem Thai pada tahun 1972, Cat’s Eye Diamond.

Kucing Aneh Bermata 'Berlian', Orang Ramai Percaya Kucing Ini Bawa Tuah Kepada Pemiliknya

Segelintir pengguna bahkan yang mengambil kesempatan untuk meramalkan nombor bertuah bagi loteri Thailand, pada 1 Februari. Nombor mungkin dipilih berdasarkan nama pengguna TikTok atau nombor bertuah yang dikaitkan dengan mimpi kucing (biasanya 4, 8 dan 7).Kucing Aneh Bermata 'Berlian', Orang Ramai Percaya Kucing Ini Bawa Tuah Kepada Pemiliknya

 

Rata-rata pengguna memuji kucing tersebut dan menasihatkan pemiliknya agar menjaganya dengan baik kerana dipercayai boleh membawa kemakmuran.

VIDEO:

Namun begitu ada juga yang tertanya-tanya apa sebenarnya ‘berlian’ di mata kiri kucing tersebut dan apakah ianya betul-betul berlian. Sebenarnya, itu bukan berlian dan mata ‘berlian’ pada kucing biasanya terjadi disebabkan oleh glaukoma.

Facebook Comments Box

Leave a Reply