Lelaki Meninggal Angkara ‘Doktor Hantu’

Seoul: Obses untuk kelihatan seperti artis K-pop akhirnya membawa padah kepada seorang lelaki. Kwon Dae-hee menjadi antara mangsa ‘doktor hantu’ yang menjalankan pembedahan plastik kepada individu di Korea Selatan.Lelaki Meninggal Angkara 'Doktor Hantu'

Nilai industri pembedahan plastik di negara itu kini melonjak sehingga AS$10.6 bilion (RM43.9 bilion) dan memberi pulangan besar kepada ekonomi negara berkenaan.

CNN melaporkan adik Kwon Dae-hee menerima panggilan dari sebuah hospital memaklumkan keadaan kesihatan lelaki terbabit.

Tae-hoon beranggapan keadaan abangnya tidak begitu serius kerana mungkin kecederaan ringan kerana bergaduh selepas berhibur.

Namun, telahan itu meleset selepas melihat keadaan wajah Dae-hee yang berbalut dengan dipenuhi darah.

Dae-hee dilaporkan menjalani pembedahan plastik dengan seorang ‘doktor hantu’ bagi mencantikkan rahangnya.

Sehingga selepas dimasukkan ke hospital, lelaki terbabit akhirnya meninggal dunia.

Keluarganya memaklumkan, Dae-hee menjadi mangsa ‘doktor hantu’, merujuk kepada doktor ganti yang menjalankan pembedahan selepas pesakit tidak sedarkan diri selepas dibius.

‘Doktor hantu’ ini lazimnya adalah doktor yang kurang berpengalaman dan sesetengah kes membabitkan doktor gigi dan jururawat.

Aktivis mendakwa kelemahan penguatkuasaan menyebabkan banyak klinik kecantikan mempraktikkan amalan ini.

Lelaki Meninggal Angkara 'Doktor Hantu'

Ini kerana industri kecantikan di Korea Selatan terus melonjak menyebabkan rakyatnya berlumba-lumba mendapatkan wajah seiras artis K-pop pujaan mereka.

Doktor sedia ada pula kesibukan menjalankan banyak pembedahan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menggunakan khidmat ‘doktor hantu’.

Berdasarkan undang-undang Korea Selatan, pihak yang didapati menjalankan kegiatan ini dikenakan hukuman lima tahun penjara dan denda AS$44,000 (kira-kira RM182,00).

Jika khidmat ‘doktor hantu’ dijalankan doktor berlesen, pihak terbabit turut boleh dituduh atas kesalahan mendatangkan mudarat dan penipuan.

Bagi mengelak kegiatan haram itu diketahui pihak berkuasa, klinik juga tidak akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut peguam, terdapat ‘doktor hantu’ yang dikenakan penalti tinggi oleh mahkamah.

Kes berprofil tinggi seperti Dae-hee ini menarik kembali perhatian umum dan keluarganya kini menuntut ganti rugi serta tindakan undang-undang terhadap doktor yang terbabit.

Sumber: Harian Metro

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply