Kanggaru Jantan Berbadan Sasa Menayang Otot Dan Bisep Yang Gagah Curi Perhatian Netizen

Seekor kanggaru merah jantan dari Australia telah mencipta sensasi dan tular di media sosial selepas fotonya dimuatnaik oleh seorang jurufoto.Kanggaru Jantan Berbadan Sasa Menayang Otot Dan Bisep Yang Gagah Curi Perhatian Netizen

Jurufoto yang dikenali sebagai Deborah Schutz telah merakam detik-detik yang amat jarang dilihat apabila kanggaru merah jantan itu menayang otot badan dan biseps yang mengagumkan.

Dalam rakaman tersebut, kanggaru itu kelihatan kuat dan berbadan gagah. Deborah Schutz telah merakamkan momen luar biasa tersebut ketika membuat kerja sukarela di Cleland Wildlife Park, Australia.

Berdasarkan rakaman tersebut, kanggaru setinggi 198 sentimeter itu sedang berehat di bawah sebatang pokok sambil memperlihatkan bisep dan dada six-pack miliknya.Kanggaru Jantan Berbadan Sasa Menayang Otot Dan Bisep Yang Gagah Curi Perhatian Netizen

“Kanggaru itu kelihatan sangat sasa. namun ia sebenarnya seekor haiwan yang lembut dan manja.

Menurut Deborah Schutz lagi, meskipun bentuk fizikal kanggaru tersebut kelihatan mungkin boleh membahayakan manusia jika ‘bergaduh’ tetapi kita tidak perlu takut kepada haiwan yangbukan pemangsa.

“Bentuk fizikalnya mungkin kelihatan membahayakan namun anda tidak perlu takut dengan binatang jika ia bukan pemangsa,” kata Schutz.Kanggaru Jantan Berbadan Sasa Menayang Otot Dan Bisep Yang Gagah Curi Perhatian Netizen

Walaubagaimanapun, kalau ada jumpa kanggaru atau mana-mana haiwan, seeloknya janganlah kita sengaja cari pasal dengan mereka kan.

Difahamkan, kanggaru merah sememangnya mempunyai tubuh yang sasa dan merupakan marsupial terbesar di dunia, dengan kanggaru jantan sering mempunyai berat sehingga 90 kilogram.

Facebook Comments Box

Leave a Reply