Paip Siling Pecah Keluarkan Air Dan Asap Dan Terkena Kaki Hingga Melecur Teruk, Punca Jiran Atas Guna Bahan Kimia Bersihkan Sinki

Gara-gara Penghuni Rumah Pangsa Tingkat Atas Guna Bahan Kimia Utuk Bersihkan Sinki, Jiran Bawah Jadi Mangsa.

Gara-gara Penghuni Rumah Pangsa Tingkat Atas Guna Bahan Kimia Utuk Bersihkan Sinki, Jiran Bawah Jadi Mangsa

Hati-hati beli dan guna bahan kimia. Ini kaki pesakit saya. Melecur akibat terkena bahan kimia. Namun ini bukan salah dia. Bukan dia beli dan gunakan bahan itu. Macam mana dia terkena?

Pesakit ni duduk di sebuah rumah pangsa. Ketika itu, dia sedang memasak di dapur. Tiba-tiba paip di siling rumah dia, pecah dan air dari paip itu terkena kakinya. Masa paip itu pecah, ia keluarkan asap.

Sebaik sahaja air dari paip pecah tu kena kaki pesakit ni. Dia terus rasa panas yang tak dapat digambarkan sakitnya. Dia dia terus melepuh. Cepat-cepat dia cuci kaki dengan air mengalir, tapi masih sangat sakit.

Akhirnya perlu di bawa ke hospital. Luka lecuran kimia pada kaki pesakit telah dirawat, dan kemudian telah dirujuk ke Jabatan Pembedahan Plastik serta Terapi Carakerja untuk rawatan susulan lecuran.

Macam mana paip atas boleh pecah?

Penghuni unit di tingkat atas unit pesakit, singkinya tersumbat. Maka mereka telah gunakan satu bahan kimia (didakwa asid) untuk menyelesaikan masalah paip tersumbat itu.

Asid yang dibeli itu adalah produk komersial. Ia dituang ke dalam paip yang tersumbat itu. Kemudian dibiar, agar asid itu menghakis apa-apa jua yang menyebabkan paip tersumbat.

Maknanya asid ni menghakis. Tidak pasti sama ada cara penggunaan salah, paip di rumah pangsa itu dah lama, atau material paip tak sesuai. Tapi ia menyebabkan paip itu pecah.

Sesetengah rumah, sistem perpaipannya adalah jenis terbuka. Maksudnya saliran untuk tingkat atas, akan nampak di siling tingkat bawahnya. Jadi, perlu sangat berhati-hati.

Pastikan perkara ini:

  • ✅Produk berdaftar dan selamat
  • ✅Baca cara penggunaan produk
  • ✅Produk sesuai untuk paip rumah anda
  • ✅Gunakan perlindungan diri yang lengkap
  • ✅Pertimbangkan keselamatan orang lain

Selain itu, setelah letak asid:

  • ✅Jangan jenguk ke dalam lubang air
    ✅Jangan sua muka, elak terhidu wap asid
    ✅Jangan letak tangan di atas lubang air
    ✅Jangan letak kaki di bawah singki
    ✅Jangan cuba jolok lubang air

Utamakan keselamatan!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Facebook Comments Box

Leave a Reply