Doktor Selamba Cakap Sakit Normal, Wanita Jumpa Doktor Lain Yang Kemudian Menemui Gunting Dalam Perutnya

Ankara: Tanda tanya ibu tujuh cahaya mata yang sakit selepas pembedahan terjawab apabila pemeriksaan mendapati gunting tertinggal di dalam perutnya.Doktor Kata Sakit Normal Selepas Pembedahan, Wanita Jumpa Doktor Lain Dan Terkejut Gunting Ditemui Dalam Perutnya

Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki itu sebelum ini dimaklumkan sakit itu adalah normal selepas pembedahan dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu.

Agensi berita tempatan, AHaber berkata, lebihan kulit perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan.

Dia kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya selepas menjalani pembedahan selama lima jam.

Doktor Kata Sakit Normal Selepas Pembedahan, Wanita Jumpa Doktor Lain Dan Terkejut Gunting Ditemui Dalam Perutnya
Gunting dalam perut

Namun, dia kembali semula ke hospital selepas mendapati ada bengkak selain sakit pada perut.

Bagaimanapun, doktor hanya memaklumkan ia adalah perkara normal setiap kali selepas pembedahan dan sakit akan beransur pulih.

Selepas dua bulan, Nurcihan bersama suaminya pergi ke Hospital Negeri Soke untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit.

Apa yang mengejutkan, laporan imbasan sinar-X mendapati terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.

Jumpa Semula Doktor Yang Melakukan Pembedahan Awal

Dia kemudian bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya bagi mengeluarkan gunting itu.

Doktor Kata Sakit Normal Selepas Pembedahan, Wanita Jumpa Doktor Lain Dan Terkejut Gunting Ditemui Dalam Perutnya

Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.

“Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan.

“Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply