Cinta Ditolak Sebab Miskin, Apakah Berlaku Kemudiannya Apabila Berjumpa Kembali

Cinta Ditolak Sebab Miskin, Apakah Berlaku Kemudiannya Apabila Berjumpa Kembali? Ini adalah kisah cinta ditolak sebab miskin, berkenaan seorang lelaki miskin yang jatuh cinta kepada seorang gadis kaya yang diminatinya, namun cintanya telah ditolak mentah-mentah oleh si gadis tersebut dengan alasan kemiskinannya.arenagempak.com - Cinta Ditolak Sebab Miskin, Apakah Berlaku Kemudiannya Apabila Berjumpa Kembali

Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati dan juga seikhlas hati mereka.

Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan cintanya kepada si gadis tersebut. Walaubagaimanapun, seperti yang diduga standard yang diletakkan gadis ini jauh berbeza dah lebih tinggi dari gadis-gadis yang lain. Apabila lelaki tersebut meluahkan perasaannya…

Si Gadis menjawab ; “Bagaimana awak boleh terfikir akan semua ni? Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saja saya dan carilah gadis lain yag sama level dengan awak dan sanggup hidup dengan awak”

Cintanya ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak setarafnya dan tidak mampu menampung gaya hidup sebagaimana yang telah disediakan oleh ibu bapanya sejak kecil lagi.

Walaupun sudah mencuba untuk melupakan si gadis tersebut, Atas rasa cintanya yang sangat mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tersebut tetap tak dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini. Ditakdirkan 10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah shopping mall yang popular di KL. Si gadis tersebut dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri di depannya dan berkata;

arenagempak.com - Cinta Ditolak Sebab Miskin, Apakah Berlaku Kemudiannya Apabila Berjumpa Kembali

“Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki yang bijak dan gaji dia RM20,000 sebulan. Awak boleh ke dapat gaji sebanyak tu?”

Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari menitis apabila mendengar ucapan berbisa bagaikan sembilu dari wanita yang pernah bertakhta di hatinya selama ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

Beberapa ketika kemudian, muncul si suami kepada wanita ini. Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini terlebih dahulu dengan nada girang;
“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan sudah berkenalan dengan isteri saya”

Si lelaki itu membalas sambil tersenyum “ Selamat petang kembali Tuan….?
“Saya Adam tuan!”  Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata;
“Sayang, kenalkan ni lah boss abang sekarang ini. Dialah pemilik projek bernilai RM150 juta yang abang handle itu”

Si wanita tergaman dan terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah perkatakan.
Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan Adam, saya ada urusan penting yang perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu ye”

Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang berjalan berlalu pergi. Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Benar itu boss abang?”

“Ya sayang. Dia itu seorang yang sangat merendah diri, peramah dan baik hati tapi hidupnya agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang miskin.” (arenagempak.com)

“Disebabkan hal itu, dia bekerja keras dan oleh kerana dia juga seorang yang bijak dan rajin, kini dia menjadi seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia bernilai ratusan ribu ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sebab itu sampai sekarang dia masih tak kahwin”

Si suami kemudian menyambung lagi; “Alangkah Beruntungnya perempuan tu jika dia terima lelaki ni dulu.”Terkejut mendengar ucapan suaminya, si wanita hanya mampu mendiamkan diri.

Semoga kisah cinta ditolak sebab miskin, lelaki dan gadis ini menjadi pengajaran yang berguna buat kita semua. Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana kemiskinannya pada ketika ini kerana apabila seseorang itu miskin, tidak bermakna selamanya dia akan miskin. Lelaki/wanita miskin juga berhak untuk jatuh cinta kepada sesiapa sahaja dan jika cinta ditolak, janganlah kita menghina mereka.

Facebook Comments Box

Leave a Reply