Buah Tembikai ‘Rare’ Berharga RM25 Ribu

Sebut sahaja buah tembikai, pasti ramai dikalangan kita yang suka makan buah ini bukan? Buah tembikai yang dijual di pasar biasanya boleh dibeli dengan harga sekitar belasan hingga puluhan ringgit bagi sebiji tembikai dan mungkin berbeza sedikit mengikut saiz, gred dan lokasi.Buah Tembikai 'Rare' Berharga RM25 Ribu

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat satu jenis buah tembikai yang harganya pernah dijual pada harga melebihi RM25,000? Di negara Jepun terdapat satu buah tembikai dalam kategori ‘rare’ atau jarang didapati di dunia dan ianya pernah dijual dengan harga harga 750,000 yen (RM25,121) sebiji pada tahun 2019.

Buah tembikai jenis Densuke ini merupakan yang paling mahal berbanding tembikai-tembikai lain yang terdapat di dunia ini dan penghasilan buah tembikai Densuke ini dikatakan kurang daripada 100 biji dalam setahun.

Anda mungkin sukar atau tidak akan dapat menemui tembikai Densuke ini di mana-mana pasar atau kedai runcit kerana buah ini selalunya dijual dalam acara lelongan dan seterusnya diperoleh oleh pembida tertinggi.Buah Tembikai 'Rare' Berharga RM25 Ribu

Tembikai Densuke ini juga hanya ditanam di Pulau Hokkaido, utara Jepun dan biasanya dalam kuantiti yang kecil sekaligus menajdikannya sebagai antara buah yang paling ‘rare’ di dunia ini.

Antara ciri-ciri buah tembikai Densuke ini adalah kulitnya yang hitam dan berkilat dan kurang biji. Buahnya juga dikatakan rangup dan mempunyai tahap kemanisan yang tinggi berbanding tembikai yang lain.Buah Tembikai 'Rare' Berharga RM25 Ribu

Meskipun harganya turun sedikit disebabkan pandemik, namun tembikai Densuke ini masih kekal sebagai tembikai termahal di dunia. Selain itu, faktor masa dan dedikasi yang diperlukan dalam penanamannya juga antara penyumbang kepada harganya yang mahal.

VIDEO:

Tidak diketahui sebab mengapa buah ini tidak ditanam secara meluas di Jepun, tetapi Benih Tembikai Densuke dilaporkan tersedia secara komersial di Eropah dan Amerika Utara.

Facebook Comments Box

Leave a Reply