Seorang wanita yang juga pengurus media sosiaI kepada ibu selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf berhubung tangkap layar yang tular di media sosiaI semalam.
Wanita tersebut, Zulshafiqah Zulkafli mengakui tersiIap memuat naik tngkap layar itu selain menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku.
“Saya adalah Pengurus Media SosiaI akaun Instagram Datin Noor Kartini dan tersiIap memuat naik tangkap layar.
“Tangkap layar itu adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.
“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri,” tulisnya.
Selain itu, dia turut menyatakan permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Ag0ng, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar termasuk seluruh Kerabat Diraja Johor.
Disebabkan ruangan komen kenyataan itu tidak dibuka, warganet ‘menyerang’ pada posting lain dimana rata-rata berasa ragu dengan kredibiliti wanita itu yang dilihat tidak seperti memegang jawatan sebagai pengurus media sosial.
Malah, ada juga segelintir individu mendakwa dan mempersoalkan sekiranya Zulshafiqah menerima ‘bayaran’ bagi menutup kesalahan bagi lsu berkenaan.
Berapa dorang bayar? Takde pun gambar dengan keluarga Neelofa
Mengaku je kalau benda betul?
Betul ke pengurus? Jangan jadi kambing hitam
Akak ni macam akak2 biasa je…
Takde nampak macam PA pun…
Terdahulu, netizen bengang dengan tngkap layar di akaun Instagram Noor Kartini itu yang menulis kenyataan berbaur hin4an terhadap Sultan Johor.
Namun, Noor Kartini tampil menaf!kan dirinya memuat naik hantaran itu dengan membuat laporan polis, sebaliknya dia mendkwa itu adalah kecu@ian pengurus media sosiaInya.
Sumber: OMM