Belum sampai setahun berbaik-baik, rumahtangga pelawak popular Shuk Shahar dan isteri kini kembali jadi perbualan hangat netizen selepas pendedahan terbaru dari isterinya Rossalennah Natassyiah lebih dikenali sebagai Rossa.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rossa memuat naik tangkap layar mesej daripada seorang wanita memaparkan gambar sebilah pisau berbaur ugutan seolah-olah mahu membunuh diri. Walaubagaimanapun hantaran tersebut kemudian sudah dipadamkannya.
Dalam satu posting lain, Rossa juga memberitahu kesediaannya untuk hidup bermadu dengan syarat wanita berkenaan menerima keluarganya dan anak-anak.
“Sudah cakap, jika hendak bermadu perlu terima keluarga dan anak-anak saya. Bukannya dengan hancurkan keluarga saya.
“Tolong berubah, bukan dengan cara ugut sana sini kerana saya dan anak-anak tidak salah,” tulisnya.
“Kalau nak kahwin silakan, rasanya mereka sudah pun berbincang tetapi memang tidak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak.
“Saya sudah izinkan, suami juga bukan budak-budak lagi dan percaya dia juga ada alasan sendiri.
“Tetapi rasanya keluarga belah sana tidak izinkan, apapun semoga urusan antara kamu selesai,”
Rossa juga turut memuat naik status mengapa suaminya tidak meninggalkan wanita tersebut dan katanya persoalan tersebut akan dijawab tidak lama lagi.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Insta Story, Rossa turut mendakwa ada pihak cuba menghantar benda syirik kepadanya apabila empat bungkusan yang diikat dengan tali barwarna hijau kelihatan di kawasan rumahnya.
“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat taubat dan jangan buat perkara syirik nak hantar santau di rumah orang,”katanya.
Sebelum ini, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula dan mengatakan dirnya menyesal dan akan melakukan yang terbaik keluarga.
Sumber: Kosmo