2 Tahun Tak Bayar Hutang, Wanita Tekad Berikan Sampul Kosong Kepada Kawannya Di Majlis Perkahwinan

Bila kita berhutang duit dengan orang, maka sudah menjadi kewajipan kita untuk membayar baik hutang kita itu tanpa mengira nilainya besar ataupun sedikit.2 Tahun Tak Bayar Hutang, Wanita Tekad Berikan Sampul Kosong Kepada Kawannya Di Majlis Perkahwinan

Namun, terdapat segelintir orang yang suka buat-buat lupa dan tidak membayar hutang mereka kepada mereka yang sudi meminjamkan duit kepada mereka. Baru-baru ini, tular kisah di Indonesia mengenai seorang wanita yang menuntut kembali hutang daripada rakannya dengan cara yang unik dan tidak pernah terfikirkan.

Dikatakan sudah dua tahun rakannya itu tidak membayar hutang yang berjumpah duit RM150 (Rp 500 ribu) kepadanya. Dipendekkan cerita, rakannya itu kini melangsungkan majlis pernikahan dan wanita ini kemudiannya mengambil keputusan untuk menuntut hutangnya dengan cara unik.2 Tahun Tak Bayar Hutang, Wanita Tekad Berikan Sampul Kosong Kepada Kawannya Di Majlis Perkahwinan

Wanita ini dengan sengaja memberikan sampul kosong kepada kawannya yang melangsungkan majlis kahwin dan dan menuliskan beberapa ayat untuk kawannya yang berkahwin itu. Ayat yang ditulisnya adalah seperti dibawah ini:

“Maaf ya cuma beri sampul kosong, hutang kamu RM150 (Rp 500 ribu) sudah dua tahun lebih belum dibayar. Anggap saja itu adalah isi sampulku, daripada tak ada khabar. Anggap je hutang kamu dah lunas! Selamat berbahagia,” – tulis wanita ini.2 Tahun Tak Bayar Hutang, Wanita Tekad Berikan Sampul Kosong Kepada Kawannya Di Majlis Perkahwinan

 

Difahamkan, kawan kepada wanita ini meminjam wang daripadanya dan berjanji untuk membayar balik wang tersebut selepas dapat gaji. Namun, tunggu punya tunggu, akhirnya sampai dua tahun lebih kawannya berdiam diri dan hutang tersebut masih lagi belum dibayar.2 Tahun Tak Bayar Hutang, Wanita Tekad Berikan Sampul Kosong Kepada Kawannya Di Majlis Perkahwinan

“Sekiranya dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, sudah semestinya dia memiliki duit,” tambah wanita ini lagi.

VIDEO:

Menurut wanita ini lagi, dia berbuat sedemikian untuk menyedarkan kawannya serta memberi peringatan untuk mereka yang berhutang supaya membayarnya ketika sudah ada duit dan jangan buat lupa dan berdiam diri sahaja.

Facebook Comments Box

Leave a Reply