Wanita Naik Atas Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya Kerana Merajuk

Dalam kehidupan rumahtangga, tidak semuanya manis dan akan adakalanya pasangan suami isteri akan bertengkar dan bergaduh mengenai sesuatu perkara disebabkan perbezaan pendapat ataupun perkara lain.Wanita Naik Atas Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya Kerana Merajuk - arenagempak.com

Gara-gara merajuk dengan suami selepas bergaduh, seorang wanita di utara China, enggan turun dari atas bonet kereta suaminya walaupun lelaki itu kemudiannya memandu kereta berkenaan.

Menurut laporan People’s Daily Online, dalam kejadian di Xianyang, wilayah Shaanxi, 1 September lalu, wanita berkenaan duduk di atas bonet kereta berkenaan dalam usahanya menghalang suaminya daripada keluar dari rumah.Wanita Naik Atas Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya Kerana Merajuk - arenagempak.com

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan memandu kereta itu sejauh beberapa ratus meter sebelum berhenti.

Pihak polis yang melakukan siasatan mendapati lelaki berkenaan dikenali sebagai Zhao, bergaduh dengan isterinya mengenai masalah keluarga.Wanita Naik Atas Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya Kerana Merajuk - arenagempak.com

Si isteri cuba menghalang suaminya daripada keluar dari rumah, malah nekad duduk di atas bonet kereta, namun tidak dihiraukan suaminya, Zhao.

VIDEO:

Zhao kemudiannya dikenakan saman sebanyak 200 yuan bersama dengan dua mata penalti oleh pihak polis.

Facebook Comments Box

Leave a Reply