Wanita Merebus Telur Dibeli Dari Pasaraya, Terperanjat Melihat Isi Dalamnya Menyerupai Puluhan Cacing Panjang

Seorang wanita yang membeli telur dari sebuah pasaraya di Thailand terkejut besar apabila melihat isi dalam telur itu selepas direbus.Wanita Merebus Telur Dibeli Dari Pasaraya, Terperanjat Melihat Isi Dalamnya Menyerupai Puluhan Cacing Panjang - arenagempak.com

Wanita yang dikenali sebagai Rangsiya Sara-uppatham, 30-an tahun, yang juga salah seorang penduduk di Chonburi Thailand terkejut besar apabila melihat isi kandungan dalam telur yang baru sahaja dibelinya di pasaraya.

Ketika di rumah, Rangsiya Sara pun merebus telur yang dibelinya dan sebaik sahaja telur itu selesai direbus, dia pun membuang kulit telur berkenaan.

Namun dia kemudiannya terperanjat besar melihat isi dalamnya yang tidak kelihatan seperti telur biasa tetapi menyerupai puluhan cacing panjang!Wanita Merebus Telur Dibeli Dari Pasaraya, Terperanjat Melihat Isi Dalamnya Menyerupai Puluhan Cacing Panjang - arenagempak.com

Rangsiya pun memuat naik gambar telur menggelikan itu ke media sosial dan menimbulkan kebimbangan dan pelbagai pendapat dikalangan netizen.  Berita itu juga diketahui oleh pasaraya yang menjual telur tersebut.

Pihak pasar raya berkenaan dan Jabatan Kawalan Penyakit kemudiannya mengambil telur itu untuk tujuan ujian makmal kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan.

Dr Taweesak Songserm dari Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Kasetsart memberitahu cacing tidak akan dapat masuk ke dalam telur kerana dihalang oleh kulit telur yang keras.Wanita Merebus Telur Dibeli Dari Pasaraya, Terperanjat Melihat Isi Dalamnya Menyerupai Puluhan Cacing Panjang - arenagempak.com

Isi telur yang kelihatan seperti puluhan cacing sebenarnya adalah tisu-tisu telur yang telah dirosakkan oleh bakteria dan bukannya cacing atau parasit yang masuk kedalamnya.

Menurutnya lagi, perubahan tekstur tersebut adalah disebabkan kuantiti bakteria yang tinggi sehingga mengubah sifat telur yang sebenar sehingga terbentuk seperti cacing. – Nangtime.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply