Seorang wanita berusia 80-an yang dikenali sebagai Nguyen Thi Dinh dari Vietnam memiliki rambut yang sangat panjang hingga mencecah 6 meter.
Menurutnya, rambut itu tidak pernah dipotong sejak dia muda remaja berusia 19 tahun sehingga sekarang.
Malah, apa yang lagi mengejutkan adalah rambut wanita ini juga tidak dicucinya selama lebih 60 tahun hinggakan ada yang mengatakan wanita ini seakan ular tedung dengan rambut panjangnya.
Mesti anda rasa pelik kenapa wanita ini tidak memotong dan mencuci rambutnya bukan? Sebenarnya punca wanita ini mula tidak memotong rambuntnya adalah disebabkan dia mengalami sakit kepala yang serius hingga memerlukan rawatan yang khusus.
Wanita ini mendakwa sakit kepalanya menjadi beransur hilang dan pulih apabila rambutnya mulai memanjang. Akhirnya dia pun membuat keputusan untuk tidak memotong rambutnya. Wanita ini juga tidak mahu mencuci ramvbutnya kerana kepalanya akan terasa sakit jika terkemna air.
“Saya juga tidak mencuci rambut sebab kepala saya sakit jika terkena air” katanya.
Rambut wanita ini dikatakan tumbuh sepanjang kira-kira 10 sentimeter dalam sebulan dan rambutnya juga menjadi daya tarikan pengunjung ke tokong yang didiaminya.
Wanita ini tinggal di tokong sejak tahun 1990 bagi memudahkannya untuk beribadah dan menjalani gaya hidup sihat.
Selepas lebih kurang 64 tahun tidak pernah memotong rambut, wanita ini kini mengalami kesukaran untuk bergerak gara-gara rambutnya yang terlalu panjang hingga mencecah 6 meter. Rambutnya juga sudah bertukar putih seiring dengan peningkatan usianya.