Seorang wanita mempunyai tabiat yang agak pelik apabila mempunyai ketagihan untuk membesarkan bibir mulutnya sehingga sanggup disuntik 25 kali setakat ini. Wanita yang dikenali sebagai Andrea Ivanova yang berasal dari Sofia, Bulgaria dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar di dunia pada pada kini.
Baru berusia 23 tahun, Andrea Ivanova mengaku sangat menyukai bibir barunya yang tebal. Andrea Ivanova percaya bahawa dirinya kelihatan lebih cantik dengan bibir yang lebih besar dan dia telah melawat banyak klinik dalam cubaan untuk mendapatkan bibir sempurna
“Saya suka bibir saya sekarang lebih daripada sebelum ini. Saya berasa sangat gembira dengan bibir yang baru ini, kerana menurut saya dengan bibir yang lebih besar saya kelihatan lebih cantik.
Andrea Ivanova juga percaya dirinya merupakan pemilik bibir terbesar di dunia pada masa sekarang sangat berbangga dengan bibirnya. Namun begitu, Andrea Ivanova masih belum berpuas hati dan belum mahu berhenti untuk membesarkan lagi bibirnya.
Doktor telah menasihatkannya agar mengambil berat akan bibirnya dan jangan ambil mudah jika merasa sebarang kesakitan atau ketikdakselesaan di bibirnya.
Hal ini kerana ianya boleh mendatangkan bahaya kepadanya jika masih mahu mengambil suntikan di bibir lagi di masa hadapan.
Doktor juga pernah menasihatkannya agar berhenti atas faktor keselamatan dan kesihatannya, tetapi dia tetap masih mahu membesarkan lagi bibirnya walaupun mengetahui akan risiko yang mungkin dihadapinya.“Doktor memberi amaran kepada saya jika bibir saya sakit atau ada masalah, segera memanggil dia kerana mungkin ada risiko dehidrasi”
Selain itu Doktor juga menyarankan Andrea agar sentiasa menggunakan pelembab bibir.
Andrea Ivanova juga sangat meminati dan obses dengan Barbie dan ini dibuktikan dengan banyak foto-foto yang dimuatnaik olehnya di media sosial yang bergaya menyerupai Barbie.