Wanita Memaki Dan Memarahi Polis Yang Melakukan Pemeriksaan Terhadap Dia Dan Suami

Tular di media sosial baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang wanita berusia 42 tahun memarahi anggota polis kerana dipercayai tidak berpuas hati suaminya, 33 tahun ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya.Wanita Memaki Dan Memarahi Polis Yang Melakukan Pemeriksaan Terhadap Dia Dan Suami

Wanita ini dipercayai membuat provokasi kepada polis kerana mahu selamatkan suaminya yang merupakan warga Pakistan yang disyaki memiliki dokumen palsu. Wanita itu juga merampas dokumen suaminya daripada tangan polis ketika pemeriksaan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, anggotanya yang menjalankan pemantauan menahan kenderaan suspek pada jam 7.26 petang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan.

Wanita Memaki Dan Memarahi Polis Yang Melakukan Pemeriksaan Terhadap Dia Dan Suami

“Polis meminta suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri termasuk surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bagaimanapun surat yang dikemukakan adalah palsu.

Wanita Memaki Dan Memarahi Polis Yang Melakukan Pemeriksaan Terhadap Dia Dan Suami

Wanita itu juga turut mempersoalkan pemeriksaan yang dibuat oleh anggota polis serta mengeluarkan kata-kata kesat ketika kejadian. Dalam video yang tular, wanita itu juga dilihat menyerang anggota polis.

VIDEO:

Pasangan suami isteri tersebut kemudiannya ditahan oleh pihak polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat dan direman tiga hari untuk siasatan.

Kredit: Kosmo

Facebook Comments Box

Leave a Reply