Wanita Kongsi Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Antara Caranya Sehari Simpan RM2

Pada zaman sekarang ini, harga barang makin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Antara Cara Mudahnya, Sehari Simpan RM2

Menabung sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita mahu.

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.

Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun.

Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.

Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Antara Cara Mudahnya, Sehari Simpan RM2

TOTAL RM 4,436.00

Caranya:

  • RM2 – setiap hari
  • RM5 – setiap kali dapat
  • RM10 – 2 helai seminggu
  • RM20 – 1 helai seminggu
  • RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec.
  • RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.

Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.

Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB waktu itu.

Good luck pada siapa sedang buat macam ini tahun 2022.

Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Antara Cara Mudahnya, Sehari Simpan RM2

Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh wanita ini pula. Selamat mencuba semoga berjaya!

Sumber: Nur Emira Mohd Arifie

Facebook Comments Box

Leave a Reply