Wanita Jual Kentut Dalam Balang Dikejarkan Ke Hospital, Terpaksa Bersara Meskipun Pendapatannya Lumayan

Wanita ini pernah viral kerana menjana pendapatan lumayan dengan cara yang unik iaitu menjual kentut dalam balang. Bahkah dia pernah mendedahkan pendapatan yang diperolehnya dalam seminggu melalui cara tersebut adalah lebih kurang RM200,000!Wanita Jual Kentut Dalam Balang Dikejarkan Ke Hospital, Terpaksa Bersara Meskipun Pendapatannya Lumayan

Namun baru-baru ini, bintang realiti TV, 90 Day Fiance dari Amerika, Stephanie Matto itu telah dimasukkan ke hospital ke jabatan kecemasan selepas mengadu dan mengalami sakit dada.

Stephanie Matto,31 pada mulanya menyangka dirinya mengalami serangan strok atau sakit jantung, bahkan dirinya juga merasa dirinya mungkin akan meninggal pada bila-bila masa.Wanita Jual Kentut Dalam Balang Dikejarkan Ke Hospital, Terpaksa Bersara Meskipun Pendapatannya Lumayan

Menurutnya, dia mula merasakan sesuatu tidak kena pada badannya ketika dia berbaring dan merasakan tekanan pada perutnya.

“Saya sukar bernafas dan setiap kali saya cuba untuk bernafas, saya berasa seperti hati saya dicubit,” tambahnya lagi.Wanita Jual Kentut Dalam Balang Dikejarkan Ke Hospital, Terpaksa Bersara Meskipun Pendapatannya Lumayan

Di hospital, doktor yang melakukan ujian darah dan pemeriksaan terhadapnya memaklumkan bahawa gejala yang dialami Stephanie Matto adalah kerana badannya menghasilkan terlalu banyak angin yang berpunca daripada amalan diet pemakanannya yang diamalkannya.

Sebelum ini, Stephanie Matto pernah mendakwa bahawa dirinya menyediakan badannya untuk mengepam gas (kentut) dengan memakan makanan mengandungi banyak protein, yogurt, telur rebus dan kekacang.Wanita Jual Kentut Dalam Balang Dikejarkan Ke Hospital, Terpaksa Bersara Meskipun Pendapatannya Lumayan

Stephanie Matto dinasihatkan untuk menukar dietnya dan mengambil ubat penahan angin. Selain itu, dia juga sudah berhenti menjual balang kentut demi kesihatannya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply