Umur Masih Belasan Tahun Tetapi Wajah Gadis Ini Berubah Menjadi Seperti ‘Nenek’

Seorang gadis mengalami keadaan aneh dimana umurnya baru 16 tahun tapi raut wajahnya kelihatan seperti wanita berusia 50 tahun. Itulah keadaan aneh yang dialami oleh gadis berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Raizel Calago dari Filipina ini.Umur Masih Belasan Tahun Tetapi Wajah Gadis Ini Berubah Menjadi Seperti ‘Nenek’ - arenagempak.com

Difahamkan keadaan yang dialaminya oleh gadis ini adalah disebabkan gangguan genetik yang jarang-jarang berlaku dan dalam masa dua tahun sahaja wajahnya berubah menjadi seperti wanita pertengahan tahun.

Menurut portal GMA dalam episod Kapuso Mo, Jessica Soho, Raizel Calago mengatakan dia mula menyertai pertandingan kecantikan ketika dia berusia 14 tahun kerana penampilannya yang matang.

Namun kemudiannya selepas beberapa hari mengalami ruam di tubuh, kedutan mula timbul di bahagian wajah, leher, lengan, dan perutnya.Umur Masih Belasan Tahun Tetapi Wajah Gadis Ini Berubah Menjadi Seperti ‘Nenek’ - arenagempak.com

“Ini seperti kulit tembikai pahit, kerana ia benar-benar berkedut.

“Saya mengalami tompok yang bermula dengan merah-merah dan gatal-gatal. Sakit apabila disentuh,” ujar Raizel.

Raizel pernah menjalani pemeriksaan doktor dan diberitahu penyakitnya itu diperolehi daripada serangga. Meskipun ada diberi ubat tetapi ianya tidak berkesan dan Raizel sering dikomen orang seperti berusia 50 tahun walapun dia sebenarnya baru berusia belasan tahun.

Ibunya Joela yang berusia 36 tahun turut bersedih dan terasa sakit hati apabila orang sering memberitahu anak perempuannya kelihatan lebih tua daripadanya.Umur Masih Belasan Tahun Tetapi Wajah Gadis Ini Berubah Menjadi Seperti ‘Nenek’ - arenagempak.com

Selain perubahan fizikal, Raizel juga menderita sakit belakang dan setiap kali keluar rumah, Raizel akan keluar dengan tubuhnya ditutup dengan pelitup muka, seluar dan jaket. Apabila orang tanya mengapa penampilannya semakin tua, Raizel tidak menjawab kerana dia sendiri juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya. Raizel kini menjadi malu untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

Raizel berharap penampilannya boleh kembali normal dan pulih seperti dahulu dan dia tidak menyalahkan ibu bapanya atas keadaan yang dialaminya.

Pasukan Kapuso Mo, Jessica Soho membawa Raizel kepada ahli endokrinologi klinikal Dr James Young yang menerusi diagnosis awal menyatakan keadaan itu adalah progeria.

Menurut Dr James, progeria juga boleh menyebabkan penyakit lain dan ujian makmal masih diperlukan.

Umur Masih Belasan Tahun Tetapi Wajah Gadis Ini Berubah Menjadi Seperti ‘Nenek’ - arenagempak.com
Wajah Raizel sebelum mengalami perubahan

“Satu masalah yang kita jangka adalah serangan atau kegagalan jantung, juga peningkatan risiko strok,” katanya sambil menambahkan ini biasa dialami pesakit pada usia 14 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, meskipun Raizel tiada masalah kardiovaskular setakat ini, Dr James mengatakan penting untuk memeriksa bahagian lain tubuh gadis itu.

“Kami ingin tahu apakah ada perubahan kepadatan tulangnya kerana osteoporosis sangat biasa dalam kalangan pesakit progeria.

“Penyakit sendi degeneratif sering terjadi akibat penuaan,” katanya.

VIDEO:

Semoga penyakit atau keadaan yang dialami oleh gadis ini akan boleh diubati dan ada penawarnya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *