“Video Lama Zaman ‘Jahil’ Dia..” – Bella Terkilan Ada Orang Tak Senang Perubahan Aliff, Nak jatuhkan Suaminya

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 27, mengesahkan lelaki dalam video tidak senon0h yang tular di media sosial itu ialah suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz, 30."Video Lama Zaman 'Jahil' Dia.." - Bella Terkilan Masih Ada Orang Nak Jatuhkan Suaminya, Tak Senang Perubahan Aliff

Bagaimanapun, Bella menjelaskan itu adalah video lama dan dia terkilan dengan sikap segelintir pihak yang tidak henti cuba menjatuhkan maruah suaminya.

“Video itu sudah lama sangat. Namun, apa-apa yang terjadi waktu itu, saya tak nak tahu dan tak mahu tengok. Itu zaman ‘jahil’ dia, mungkin waktu itu hatinya masih buta.

“Sekarang Aliff sedang mencuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan perlahan-lahan. Namun, masih ada yang ingin menjatuhkan dia, mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff ketika ini.

“Apa yang penting sekarang ialah saya dan keluarga akan terus mendoakan dan memberi sokongan 100 peratus kepadanya,” katanya.

Sejak Sabtu lalu, heboh di Twitter dengan video seorang lelaki dipercayai mirip Aliff melakukan aksi tidak senonoh.

Terdahulu, video berdurasi lebih dua minit itu dimuat naik seorang pengguna Twitter hingga menjadi perbualan hangat di platform media sosial itu.

Video terbabit sudah mendapat lebih 20,000 tontonan, 600 ulang ciap (retweets) dan hampir 1,200 tanda suka.

Sejak pelbagai kontroversi menghimpitnya, Aliff yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu berusaha memperbaiki dirinya untuk melakukan perubahan.

"Video Lama Zaman 'Jahil' Dia.." - Bella Terkilan Masih Ada Orang Nak Jatuhkan Suaminya, Tak Senang Perubahan Aliff

Dia juga mahu membuang tatu pada badannya.

Sebelum ini, Aliff juga memutuskan untuk tinggal bersama keluarganya di Singapura sebelum kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply