Usah Terguris, Kami Hanya Jalankan Tugas

Seremban: Polis Negeri Sembilan berharap masyarakat tidak terguris dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan dalam usaha membendung penularan Covid-19 sepanjang perayaan Aidilfitri ini.Usah Terguris, Kami Hanya Jalankan Tugas

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan, Asisten Komisioner, Mohd Ariff Md Hanuddin berkata, pelbagai pendekatan bakal digunakan antaranya pemeriksaan kenderaan di kediaman disyaki tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya tahu ziarah itu budaya kita namun kita kena hadkan kehadiran orang luar di rumah pada satu-satu masa kerana nak elakkan penularan Covid-19.

“Lagipun saya tidak rasa semua pemilik kediaman menyediakan QR Qode di rumah…kalau jadi kes jangkitan Covid-19, macam mana kita mahu kesan puncanya,” katanya pada Program ‘Outreach’ Masyarakat Pengguna Jalan Raya dan Petugas Barisan Hadapan Kontinjen Negeri Sembilan di Plaza Tol Ainsdale.

Menurutnya, pemeriksaan lebih teliti akan dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad menjelang perayaan Aidilfitri bagi mengelakkan aktiviti pergerakan rentas negeri.

Ini kerana katanya, pergerakan orang ramai lebih banyak berlaku pada hari berkenaan dan antaranya bertujuan untuk membeli belah.

Usah Terguris, Kami Hanya Jalankan Tugas

“Hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran saja bagi urusan pekerjaan, perdagangan, kebajikan, kematian dan temu janji doktor saja dibenarkan.

“Negeri Sembilan ini banyak jalan pintu masuk dari Melaka, Selangor dan Kajang, jadi kita perlu lebih tegas dalam menjalankan tugas bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk,” katanya.

Mohd Ariff berkata, dalam tempoh 13 April hingga 29 April lalu, sebanyak 644 kenderaan diarah berpatah balik dalam pemeriksaan SJR dilakukan manakala empat kompaun ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

Ujarnya, ia membabitkan pemeriksaan sebanyak 137,846 kenderaan dan 187,200 individu dalam tempoh dua minggu ini. – Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply