Ular Tedung Masuk Dalam Seluar Ketika Tidur, Lelaki Terpaksa Berpaut Di Tiang Selama 7 Jam

Lelaki Mengalami Detik-detik Cemas Apabila Ular Tedung Masuk Dalam Seluar Ketika Tidur, Lelaki Terpaksa Berdiri Berpaut Di Tiang Selama 7 Jam.Ular Tedung Masuk Dalam Seluar Ketika Tidur, Lelaki Terpaksa Berpaut Di Tiang Selama 7 Jam

SEORANG Lelaki yang sedang nyenyak tidur terkejut apabila seekor ular tedung memasuki seluarnya.

Dalam insiden di Kampung Sikandarpur, Uttar Pradesh, India itu, lelaki terbabit dilaporkan terpaksa berdiri selama tujuh jam sambil memegang tiang kerana bimbang ular berkenaan mematuknya.

Times Now melaporkan, insiden itu berlaku di penempatan sekumpulan pekerja buruh yang bekerja memasang tiang dan wayar elektrik.

Ketika insiden itu berlaku, lelaki malang Lovekesh Kumar dilaporkan bersendirian di lokasi kejadian manakala rakannya yang lain pulang ke rumah selepas makan malam.Ular Tedung Masuk Dalam Seluar Ketika Tidur, Lelaki Terpaksa Berpaut Di Tiang Selama 7 Jam

 

Terdahulu, Lovekesh yang terjaga dari tidur selepas ular tedung itu memasuki seluarnya terpaksa menunggu bantuan rakannya dan dilaporkan berdiri serta berpaut di tiang kerana khuatir reptilia itu mematuknya.

Aksi rakan Lovekesh menanggalkan seluar dan mengeluarkan ular berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi perkongsian satu video.

VIDEO:

Difahamkan, Lovekesh tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan namun dilaporkan dia keletihan kerana terpaksa berdiri selama tujuh jam sementara rakannya tiba di lokasi kejadian untuk membantunya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply