Ular Sawa Kekeyangan Selepas Menelan Dua Ekor Kambing

Belum sampai sebulan kita dikejutkan dengan penemuan dua ekor ular sawa bersaiz besar di sebuah tapak pembinaan tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka, Marang, kali ini tular lagi satu video mengenai penemuan seekor ular sawa di Terengganu.Ular Sawa Kekeyangan Selepas Menelan Dua Ekor Kambing

Ular sawa itu dipercayai ditemui di Bukit Khor, Marang, Terengganu dan video penemuannya dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Talib Kalan di group Kambing Jamnapari Terengganu.

Tidak dapat dipastikan berapa saiz sebenar ular sawa tersebut, tetapi boleh dilihat dalam video bahaya ukurannya adalah amat besar.Ular Sawa Kekeyangan Selepas Menelan Dua Ekor Kambing

Berdasarkan video perkongsiannya, seekor ular sawa dilihat berada di dalam sebuah kandang. Beberapa orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang berusaha untuk menangkap ular sawa tersebut.

Namun begitu, mereka mengalami sedikit kesukaran sebelum berjaya menangkap ular sawa berkenaan kerana ular sawa tersebut dipercayai baru sahaja menelan dua ekor kambing dan menyebabkannya berat dan sukar bergerak.Ular Sawa Kekeyangan Selepas Menelan Dua Ekor Kambing

Orang ramai dinasihatkan agar segera menghubungi pihak berkuasa seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau pihak BOMBA sekiranya terjumpa sebarang haiwan yang boleh mengancam keselamatan dan jangan sesekali mengambil tindakan sendiri untuk menangkapnya.

VIDEO:

Kredit video: Talib Kaban

Facebook Comments Box

Leave a Reply