Ular Sawa Gergasi Dipercayai Sepanjang 10 Meter Ditemui Dalam Hutan

Baru-baru ini tular satu video mengejutkan yang memaparkan seekor ular sawa yang bersaiz sangat besar ditemui di dalam hutan.Ular Sawa Gergasi Dipercayai Sepanjang 10 Meter Ditemui Dalam Hutan - arenagempak.com

Video yang dikongsikan oleh akaun instagram fakta.indo itu dengan pantas menjadi tular dan sehingga kini telah mencecah lebih 620 ribu tontonan.

Menurut akaun itu, ular sawa itu adalah sepanjang 10 meter, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah saiznya yang sebenar.Ular Sawa Gergasi Dipercayai Sepanjang 10 Meter Ditemui Dalam Hutan - arenagempak.com

Apa yang pasti, ular sawa gergasi itu memang sangat besar! Dalam video tersebut, ular sawa itu kelihatan diangkat dengan menggunakan jentera eskavator naik ke udara.

Tidak dapat dipastikan dimana lokasi tepat penemuan ular sawa gergasi ini, tetapi ianya dipercayai berlaku di hutan Kalimantan.Ular Sawa Gergasi Dipercayai Sepanjang 10 Meter Ditemui Dalam Hutan - arenagempak.com

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan kasihan melihat ular sawa dalam video tersebut. Beberapa pengguna turut melahirkan rasa simpati terhadap ular sawa itu yang mana habitat mereka sering musnah disebabkan perbuatan rakus manusia terhadap hutan-hutan.

VIDEO:

Mereka juga turut meminta agar ular itu jangan dibunuh dan dilepaskan semula. Walaubagaimanapun, masih belum ada sumber sahih yang memberitahu apa nasib atau apa yang dilakukan terhadap ular itu sehingga kini.

Sebelum ini di Indonesia juga pernah tular mengenai seekor ular sawa yang sangat besar. Ditemui oleh penduduk di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan, besarnya dianggarkan sepanjang 8 meter ular sawa.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *