Tular Video Seorang Lelaki Didakwa Dimaki Dan Dihalau Pegawai Imigresen

Seorang lelaki berusia 50 tahun membuat laporan polis susulan berang apabila dia tidak mendapat layanan sewajarnya ketika mahu membuat passport. Kejadian yang berlaku pada 10 Ogos lalu itu menjadi tular selepas video pertengkaran lelaki itu dan kakitangan Imigresen di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) , Seksyen 14 ditularkan baru-baru ini.Tular Video Seorang Lelaki Didakwa Dimaki Dan Dihalau Pegawai Imigresen

Lelaki itu dan anak-anaknya pada mulanya telah pergi ke kaunter Imigresen di Kuala Selangor kira-kira pukul 3 petang sebelum dimaklumkan sistem tidak berfungsi dan kemudiannya mereka pergi ke kaunter Imigresen di UTC, Seksyen 14 pada jam kira-kira pukul 4.30 petang.

Namun lelaki itu dimaklumkan hanya 200 nombor sahaja dikeluarkan sehari di kaunter Imigresen UTC tersebut dan sistem angka giliran telah habis.

Lelaki itu kemudiannya meminta anggota bertugas supaya meletakan Notis Pemberitahuan secara rasmi tetapi tiada apa-apa tindakan. Menurut laporan itu lagi, pegawai yang bertugas telah memberikan nombor giliran iaitu 1201 dan 1202 kepada anak-anak lelaki tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.Tular Video Seorang Lelaki Didakwa Dimaki Dan Dihalau Pegawai Imigresen

Apabila nombor giliran salah seorang anaknya telah selesai dan tiba giliran satu lagi nombor dipanggil didapati pegawai terlibat di kaunter kemudian memaklumkan sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak berfungsi dan akan dipanggil semula pukul 8 malam.

“Selepas setengah jam berlalu didapati nombor giliran anak lelaki itu tidak dipanggil walaupun nombor terkini pada waktu tersebut telah menjadi 1211.

“Disebabkan itu, lelaki itu seterusnya telah ke kaunter untuk berjumpa dengan salah seorang penyelia lelaki di Jabatan Imigresen bagi mendapatkan penjelasan. Namun, dipertikaikan kenapa tidak pergi kaunter”

Mengulas lanjut, lelaki itu yang tidak berpuas hati kerana seakan dipermainkan telah hilang kawalan lalu menendang tiang besi.Tular Video Seorang Lelaki Didakwa Dimaki Dan Dihalau Pegawai Imigresen

“Secara tiba-tiba seorang pegawai wanita Imigresen yang berada di belakang sebuah kaunter terus menjerit, menghentak meja, memaki hamun dan memberikan amaran tidak membenarkan lelaki itu dan keluarganya berurusan di Imigresen UTC pada masa akan datang”

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan dalam kenyataannya bahawa laporan itu terlah diterima dan siasatan mendapati tiada berlakunya unsur jenayah.

VIDEO:

“Pengadu membuat laporan adalah lebih kepada tidak berpuas hati terhadap layanan diberikan dan kes dirujuk kepada Jabatan Imigresen Selangor utk siasatan dalaman pihak mereka,” – ujarnya.

Sumber: Kosmo!

Facebook Comments Box

Leave a Reply