Tujuh Tahun Kumpul Duit Bersama, Hancur Hati Wanita Kesemua Duit Dihabiskan Teman Lelaki Untuk Bernikah Wanita Lain. Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila wang simpanan yang dikumpul bersama teman lelakinya didakwa digunakan oleh lelaki tersebut untuk menikahi wanita lain.
Kekasih kahwin lain
Kisah sedih ini dikongsikan oleh rakan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Shaaradw. Berdasarkan video pendek yang dimuat naik di TikTok, individu ini mendakwa rakannya itu telah ‘dipergunakan’ oleh teman lelakinya.
Hal ini kerana, wang yang disimpan selama 7 tahun untuk majlis kahwin mereka akhirnya telah habis digunakan oleh lelaki tidak bertanggungjawab bagi melangsungkan pernikahan dengan wanita lain pada minggu lalu. Kejam!
7 tahun buat simpanan dengan kekasihnya untuk menikah. Dia baru tahu kekasihnya menikah hujung minggu lalu dengan orang lain. Ternyata kekasihnya menikah pakai duit tabungan mereka berdua.
Hal tersebut bukan sahaja menghancurkan hati wanita terbabit malah membuatkan dia hilang selera untuk menjamah makanan.
Bimbang melihat rakannya sudah tidak makan selama tiga hari, individu ini kemudian membelikan makanan kegemarannya. Dalam video itu turut kelihatan wanita ini sesekali mengesat air mata sambil menikmati makanan yang dihidang.
VIDEO:
Antara komen-komen netizen:
Sumber: OHBULAN