Tolong Cari Cincin Rakan Yang Hilang, Terkejut Jumpa Syiling Emas Bernilai Lebih RM500 Ribu!

Seorang penjejak logam yang mencari cincin perkahwinan rakannya yang hilang dikejutkan dengan penemuan syiling emas berusia berabad lamanya bernilai lebih dari £100,000 (RM529,762).Tolong Cari Cincin Rakan Yang Hilang, Terkejut Jumpa Syiling Emas Bernilai Lebih RM500 Ribu!

Paul Raynard, 44, bagai tidak percaya selepas menemui 84 keping syiling yang sebahagiannya digunakan ketika zaman pemerintahan Raja Henry VIII pada awal 1500-an.

Dia berlari ke arah seorang lagi rakannya, Michael Gwynne, sambil berteriak: “Inilah saat yang kita impikan!”

Raynard, bapa kepada dua anak, dari Keighley, Yorkshire berkata: “Ia satu perasaan luar biasa, macam periksa nombor loteri dan sedar anda menang jackpot.

“Saya gementar. Saya masih tak percaya sekarang.”Tolong Cari Cincin Rakan Yang Hilang, Terkejut Jumpa Syiling Emas Bernilai Lebih RM500 Ribu!

 

Syiling yang ditemui dianggarkan bernilai lebih RM500,000. -foto SWNS

Raynard dan Gwynne sedang bercuti dengan seorang rakan petani mereka di Ballycastle, Ireland Utara.

Rakan mereka itu meminta mereka berdua untuk membantu mencari cincin perkahwinannya yang terjatuh di salah sebuah ladangnya.

Pada mulanya mereka agak kecewa apabila hanya menemui duit syiling 5p (5 sen) dan ladam sebelum Raynard menemui syiling emas.

Tolong Cari Cincin Rakan Yang Hilang, Terkejut Jumpa Syiling Emas Bernilai Lebih RM500 Ribu!

 

Mereka sempat merakamkan saat-saat awal syiling ditemui. -foto SWNS

Syiling-syiling tersebut kini sedang dinilai oleh Muzium Ulster, tetapi pakar menyatakan bahawa keseluruhannya mungkin bernilai lebih dari £100,000.

Ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun tidak menemui cincin perkahwinan yang hilang.

Tolong Cari Cincin Rakan Yang Hilang, Terkejut Jumpa Syiling Emas Bernilai Lebih RM500 Ribu!

Raynard berkata dia dan rakan kongsinya Gwynne, biasanya mengkaji peta lama untuk mencari petunjuk penempatan kuno atau medan tempur di mana harta karun seperti itu mungkin ditanam.

Tolong Cari Cincin Rakan Yang Hilang, Terkejut Jumpa Syiling Emas Bernilai Lebih RM500 Ribu!

 

Syiling-syiling ini kini dinilai di muzium. -foto SWNS

“Kami baru sahaja kembali dari trip perniagaan yang sibuk ke China dan Michael kata dia tahu tentang tempat kecil yang bagus di Ireland untuk kami jejaki.

“Tetapi kami hanya pergi ke ladang itu untuk mencari cincin perkahwinan rakan. Kami tak menemui cincin itu dan hanya berada di situ beberapa jam sebelum syiling itu ditemui.

“Saya hanya menggali lubang kecil dan ia ada di situ. Saya bagai tak percaya,” katanya.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply