Tinggal Dalam Hutan Selama 41 Tahun Bersama Bapanya, Lelaki Berusia 46 Tahun Tidak Tahu Kewujudan WANITA

HANOI – Seorang lelaki yang hidup terasing di hutan Vietnam bersama bapanya selama 41 tahun tidak mengetahui tentang kewujudan wanita, demikian menurut beberapa laporan.Lelaki Berusia 46 Tahun Tak Tahu Kaum Wanita Wujud Gara-gara Tinggal Di Hutan Selama 41 Tahun

Kisah luar biasa Ho Van Lang bermula apabila dia meninggalkan peradaban manusia pada penghujung Perang Vietnam dalam tahun 1972 selepas bom Amerika Syarikat membunuh ibu dan dua adik-beradiknya.

Lang, kini berumur 46 tahun, saudara lelaki dan bapanya hidup jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai, demikian menurut laman berita Mirror.co.uk.

Tiga beranak tersebut hidup sepenuhnya di rimba dengan memakan madu, buah dan haiwan liar seperti tikus di samping membina kediaman menggunakan sumber hutan.

Lelaki Berusia 46 Tahun Tak Tahu Kaum Wanita Wujud Gara-gara Tinggal Di Hutan Selama 41 Tahun

HO VANG LANG dibawa pulang ke kampungnya di daerah Tay Tra. – AFP

Seorang jurugambar yang menjejaki keluarga itu pada 2015, Alvaro Cerezo berkata: “Mereka akan melarikan diri setiap kali melihat manusia dari jauh.”

Keluarga tersebut menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di sebuah perkampungan kecil di Vietnam sejak 2013, namun kembali semua ke kediaman mereka di hutan baru-baru ini

Apabila ditanya sama ada dia tahu tentang wanita, Lang berkata bahawa bapanya tidak pernah menerangkan perkara itu kepadanya.

Bagaimanapun, katanya, dia pernah melihat wanita ketika hidup bersama masyarakat di kampung.

“Lebih mengejutkan adalah walaupun dia dapat membezakan antara lelaki dan wanita, Lang masih tidak tahu perbezaan sebenar antara kedua-dua jantina tersebut.

Lelaki Berusia 46 Tahun Tak Tahu Kaum Wanita Wujud Gara-gara Tinggal Di Hutan Selama 41 Tahun

“Saya boleh mengesahkan kepada anda bahawa Lang langsung tidak mempunyai nafsu syahwat dan naluri tersebut tidak pernah ditonjolkan,” kata Cerezo kepada laman berita news.com.au.

Saudara lelakinya menganggap Lang seperti seorang anak kecil yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewasa. Lelaki itu tidak memahami konsep asas kehidupan bermasyarakat kerana terlalu lama hidup di dalam hutan.

“Sekiranya saya meminta Lang untuk memukul seseorang, dia akan melakukannya tanpa belas kasihan. Dia tidak boleh membezakan antara kebaikan dan kejahatan. Lang ialah anak kecil. Dia tidak tahu apa-apa.

“Kebanyakan orang tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan tetapi bukan saudara lelaki saya,” katanya.

Kredit: KOSMO

Facebook Comments Box

Leave a Reply