Teruk Kena Pedajal, Wanita Hairan Keretanya Asyik Kena Hon Oleh Pemandu Lain Sepanjang Jalan

Seorang wanita berkongsikan satu video memaparkan kejadian yang agak lucu dan menghiburkan di jalan raya. Apa tidaknya selepas melihat sebuah kereta berwarna biru di hadapannya, dia perasa nada satu kertas putih yang dilekatkan di belakangnya.Teruk Kena Pedajal, Wanita Hairan Keretanya Asyik Kena Hon Oleh Pemandu Lain Sepanjang Jalan

Bila dilihat dengan teliti, terdapat ayat yang ditulis di kertas tersebut yang berbunyi “Harini birthday saya. Tolong hon 2 kali. Tq”

Tanpa berfikir panjang, wanita ini kemudian terus menyuruh driver disebelahnya untuk membunyikan hon kereta tersebut seperti yang diminta dalam kertas tersebut.

Teruk Kena Pedajal, Wanita Hairan Keretanya Asyik Kena Hon Oleh Pemandu Lain Sepanjang Jalan

Tak dapat bayangkan apa perasaan pemandu kereta tersebut, mesti dia tertanya-tanya sama ada dia ada buat salah ke tidak. hahaha.

Wanita ini kemudian mahu membunyikan hon buat kali kedua dan mahu membuka tingkap untuk mengucap selamat hari jadi, tetapi kereta itu kemudian memasuki selekoh yang lain pula.

VIDEO 1:

Video tersebut kemudian dimuat naik oleh wanita tersebut ke akaun TikToknya @dyrasalleh dan dengan pantas menjadi tular sehingga mencecah berjuta view.

VIDEO 2:

 

Rata-rata netizen terhibur dan merasakan pemiik kereta tersebut sememangnya kena ‘prank’ dengan rakan-rakannya.

Teruk Kena Pedajal, Wanita Hairan Keretanya Asyik Kena Hon Oleh Pemandu Lain Sepanjang Jalan

Namun tanpa disangka-sangka, pemilik kenderaan biru itu yang juga merupakan seorang wanita turut memberikan komen dalam video tular tersebut.

Teruk Kena Pedajal, Wanita Hairan Keretanya Asyik Kena Hon Oleh Pemandu Lain Sepanjang Jalan
Owner kereta biru memberikan komen

Rupa-rupanya, wanita pemilik kenderaan itu tidak menyedari ada kertas ditampal di belakang keretanya, hinggalah akhirnya mengetahui semua itu kerja rakan-rakan sekerjanya di ofis.

Kredit: dyrasalleh

Facebook Comments Box

Leave a Reply