Terjumpa Rakan Rider Foodpanda Berbasikal, Lelaki Tergaman Dengar ‘Kata-kata’ Dari Mulut Rider Itu Dan Terus ‘Decline Order”

Sebut saja Foodpanda, mesti semua orang terbayang akan rider-rider yang membawa beg warna pink Foodpanda yang sentiasa ada di jalan raya pada masa kini.Terjumpa Rakan Rider Foodpanda Berbasikal, Lelaki Tergaman Dengar ‘Kata-kata’ Dari Mulut Rider Itu Dan Terus 'Decline Order"

Kebiasaannya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang sama bidang pekerjaan dengan kita, kita akan cenderung untuk menegur mereka jika terserempak. Begitulah juga dengan seorang ‘rider’ Foodpanda bernama Yuazwan Jusoh ni.

Dalam satu perkongsian, Yuazwan menceritakan kisahnya terjumpa seorang rider foodpanda ketika dalam perjalanan menghantar makanan. Ketika sedang membawa motosikal, tiba-tiba dia ternampak seorang rider foodpanda sedang mengayuh basikal dan dia pun menyapanya.

Terjumpa Rakan Rider Foodpanda Berbasikal, Lelaki Tergaman Dengar ‘Kata-kata’ Dari Mulut Rider Itu Dan Terus 'Decline Order"

Yuazwan menyangkakan rider tersebut dalam perjalanan menuju ke rumah pelanggan, namun sangkaannya meleset. Selepas berbual sekejap, baru la dia tahu rider itu sebenarnya dalam perjalanan menuju ke hospital Selayang.

Rupanya rider itu sedang bergegas mahu menuju ke hospital kerana bapanya baru masuk hospital. Yuazwan kemudian terkejut mendengar permintaan rider berbasikal itu yang merayu kepadanya..

Terjumpa Rakan Rider Foodpanda Berbasikal, Lelaki Tergaman Dengar ‘Kata-kata’ Dari Mulut Rider Itu Dan Terus 'Decline Order"

“Kenapa Allah hantar aku order dari selayang ke Tesco?? Rupanya ada insan yang memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni..”

“Bang, tolong saya bawak saya pergi Hospital Selayang. Bapak saya baru masuk hospital la..abang ‘tarik’ je,” rayu ‘rider’ lelaki berbasikal tu.

Terkejut apa yang terucap dari bibir ‘rider’ basikal tu, serta-merta Yuazwan meletakkan kameranya ke dalam bakul motosikal, rakaman dihentikan dan terus fokus ‘menunda’ basikal tersebut sampailah ke hospital.Terjumpa Rakan Rider Foodpanda Berbasikal, Lelaki Tergaman Dengar ‘Kata-kata’ Dari Mulut Rider Itu Dan Terus 'Decline Order"

Siapa yang tidak sayangkan ayah bukan? Dari kecil hingga besar, kita dibesarkan mereka dan sudah pasti jika sesuatu berlaku kepada orang tua kita, kita akan risau dan mahukan mereka sentiasa sihat.

Terus dia berkayuh laju dari Setapak ke Selayang yang jaraknya kira-kira 16 kilometer tu. Tak cukup meredah panas terik, dia gagahkan juga diri berkayuh di tepi jalan besar yang sangat berisiko sambil memikul beg Foodpanda di belakang.

Mujur Allah ‘hantarkan’ Yuazwan untuk bersapa dengannya. Syukur juga Yuazwan miliki hati, simpati dan empati yang tinggi.

Terjumpa Rakan Rider Foodpanda Berbasikal, Lelaki Tergaman Dengar ‘Kata-kata’ Dari Mulut Rider Itu Dan Terus 'Decline Order"

Difahamkan, ketika itu dia pun sedang dalam perjalanan nak hantar pesanan. Tapi bila dengar cerita ‘member’, terus dia ‘decline’ order.

VIDEO:

Video Yuazwan ini tular dan mendapat maklum balas yang baik daripada netizen. Rata-rata netizen bersimpati dengan rider itu yang gigih mengayuh basikal untuk ke hospital jumpa bapanya. Selain itu, netizen juga memuji tindakan Yuazwan yang sudi memberikan pertolongan kepada rider basikal itu meskipun baru saja mengenalinya.

Semoga bapa kepada rider berbasikal itu cepat sembuh dan semoga murah rezeki buat Yuazwan yang sanggup ‘tolak’ order demi membantu orang dalam kesusahan.

Sumber: Yuazwan JusohSiakapkeli

Facebook Comments Box

Leave a Reply