Tak Tahan Kelazatan Pizza, Lelaki Sempat Masak Pizza Di Restoran Selepas Pecah Masuk

Apabila bercakap tentang perompak memecah masuk kediaman, kita pasti membayangkan seseorang itu dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengambil barang berharga dan gementar kerana takut tertangkap.Tak Tahan Kelazatan Pizza, Lelaki Sempat Masak Pizza Di Restoran Selepas Pecah Masuk

Walau bagaimanapun sebuah adegan rompakan yang dirakam oleh kamera pengawasan menunjukkan seorang perompak sempat membuat makanan untuk dirinya ketika memecah masuk ke sebuah restoran piza.

Akibat tergoda dengan kelazatan keju, perompak berkenaan menghasilkan sebuah piza segar untuk dirinya sebelum melarikan diri dengan sebuah van penghantaran dan beberapa barang berharga lain.
poster

Kamera CCTV di restoran berkenaan menunjukkan lelaki itu menukar sarung tangan sebelum menguli doh dan meletakkan sedikit tepung jagung pada kaunter sebelum mempamerkan kemahiran membuat piza.

Tak Tahan Kelazatan Pizza, Lelaki Sempat Masak Pizza Di Restoran Selepas Pecah Masuk

 

Pengurus kedai tersebut, Rafael Calles berkata mungkin perompak berkenaan lapar, dan walaupun rakaman tersebut agak melucukan hakikat bahawa mereka telah dipecah masuk adalah tidak bagus.

 

Polis tempatan mengatakan bahawa perompak itu bukan sahaja berani untuk pecah masuk dan selamba membuat piza, malah dia juga mencuri tablet dan wang tunai dalam restoran serta semua kunci kedai, dan melarikan diri dengan van penghantaran mereka.

Tak Tahan Kelazatan Pizza, Lelaki Sempat Masak Pizza Di Restoran Selepas Pecah Masuk

Melalui rakaman yang tersebar juga, lelaki tersebut dilihat membawa pistol mainan. Seminggu selepas kejadian tersebut, perompak itu dikenal pasti dan berjaya ditahan, sementara jabatan polis yang berkongsikan gambar lelaki itu berkata bahawa penjara tidak akan menyediakan makanan kegemarannya itu.

Sumber: HCL

Facebook Comments Box

Leave a Reply