Tak Nampak Berusia 56 Tahun, Bapa ‘Hot’ Di Video Gadis Jadi Kegilaan Netizen

Tidak dinafikan penggunaan aplikasi TikTok pada masa sekarang adalah sangat popular terutamanya dikalangan orang muda. Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki pertengahan umur yang menjadi perhatian dalam akaun seorang gadis muda.arenagempak.com - Tak Nampak Berusia 56 Tahun, Bapa ‘Hot’ Di Video Gadis Jadi Kegilaan Netizen

Akaun gadis tersebut @meturr memuat naik video pertama pada bulan Februari dan sehingga kini telah meraih jumlah follower sebanyak lebih 500,000 orang. Salah satu punca peningkatan mendadak ini adalah kehadiran lelaki berusia 56 tahun yang ‘hot’ di dalam video-video yang diuploadnya. Menurutnya lagi, lelaki itu merupakan bapa kepada gadis tersebut.

Ia susulan tindakan gadis berusia 20 tahun itu yang memuat naik beberapa buah videonya bersama bapanya yang kacak sehingga menarik perhatian netizen untuk mengikuti video-videonya.

Video yang paling mendapat tontonan ramai dimuat naik pada 28 Mac dengan sejumlah 17.3 juta tontonan dan angka itu semakin meningkat.

arenagempak.com - Tak Nampak Berusia 56 Tahun, Bapa ‘Hot’ Di Video Gadis Jadi Kegilaan Netizen

Video tersebut memaparkan aksi kedua-dua beranak itu melakonkan semula gaya sekeping gambar lama mereka yang diambil hampir 20 tahun lepas.

Tindakan @meturr yang memuat naik videonya bersama bapanya yang kacak berjaya menarik perhatian netizen sehingga dia meraih lebih 490,000 pengikut dalam masa yang singkat.

arenagempak.com - Tak Nampak Berusia 56 Tahun, Bapa ‘Hot’ Di Video Gadis Jadi Kegilaan Netizen

Kebanyakan video di akaun gadis itu memaparkan bapanya sedang melakukan aktiviti seperti bersenam, menunggang motosikal berkuasa besar atau dikelilingi oleh beberapa buah kereta mewahnya di dalam garaj.

arenagempak.com - Tak Nampak Berusia 56 Tahun, Bapa ‘Hot’ Di Video Gadis Jadi Kegilaan Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dengan penampilan bapa gadis tersebut yang kelihatan muda bergaya dan langsung tidak seperti lelaki yag seusia dengannya.

Bapa gadis itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pemaju hartanah, Realty One Development di Bangkok.

VIDEO:

Malah ada juga netizen yang ingatkan si bapa adalah kekasih kepada gadis tersebut. Bapa gadis tersebut juga sebenarnya mempunyai akaun TikTok yang menggunakan nama @im_passavee. Di akaun tersebut, diketahui bahawa Bapa gadis itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pemaju hartanah, Realty One Development di Bangkok.

Kredit: Kosmo!

Facebook Comments Box

Leave a Reply