Swarovski Dedah Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

Dalam kehangatan isu rentas negeri, pelanggaran SOP dan kontroversi jumlah kompaun yang dikenakan penguatkuasa, kisah selebriti Malaysia yang dikenali sebagai Neelofa juga menjadi topik hangat perbualan netizen. Ini berikutan majlis perkahwinannya dan juga kes dia dikatakan menyalahgunakan kebenaran rentas negeri ke Langkawi.Swarovski Dedah Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

Selepas lebih sebulan, akhirnya Neelofa, suami dan keluarga dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 apabila didapati melanggar SOP.

Namun kisah itu tidak berakhir disitu, menurut laporan dari portal hiburan gempak, dikatakan pengendali akaun pengeluar batu kristal mewah dunia, Swarovski memaklumkan pihak mereka sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Ciapan itu bagi menjawab pertanyaan pengguna Twitter mengenai status kolaborasi Neelofa dengan jenama antarabangsa itu.

Seorang pengguna Twitter @azba95 menerusi ulang kicau kesalahan Neelofa hingga dikenakan kompaun awal minggu lalu, turut membandingkan situasi terbabit dengan selebriti di negara luar seperti Korea Selatan.

Katanya, selebriti di Korea Selatan akan hilang kolaborasi sebagai duta sesebuah jenama seandainya terpalit dengan isu seakan-akan sama dengan Neelofa.

“If Neelofa is a Korean artists, the brands that she is the ambassador of would have terminated the contracts already. Hello @swarovski,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, syarikat yang popular dengan batu kristal mewah dunia itu membalas ciapan terbabit dengan mendedahkan status terkini kerjasama mereka bersama Neelofa.

Swarovski Dedah Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

“Thank you for reaching out. We can confirm that we’re no longer working with Neelofa,” maklum pengendali akaun rasmi Swarovski.

Swarovski Dedah Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa

Neelofa menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama mewah Swarovski sejak 2017.

Malah, kerjasama itu membawa Neelofa mengembara ke beberapa negara seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Austria.

Busana nikahnya pada Mac lalu juga diserikan dengan 5,000 butir batu kristal Swarovski.

Sumber : Gempak

Facebook Comments Box

Leave a Reply