Suami Menangis Isteri MeninggaI Kerana Covid, Netizen Turut Bergenang Air Mata

Satu rakaman perbualan telefon berdurasi 2 minit 24 saat dipercayai di antara petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang kehilangan isteri akibat Covid-19 yang tular di laman sosial Facebook menggundang perasaan sedih netizen.Suami Menangis Isteri MeninggaI Kerana Covid, Netizen Turut Bergenang Air Mata

Menerusi rakaman perbualan yang dimuat naik oleh seorang pengguna dengan nama Nur Adah itu, jelas kedengaran seorang wanita dipercayai sebagai petugas kesihatan sedang memaklumkan tentang kematian seorang wanita kepada suaminya.

Sejurus dimaklumkan, terus kedengaran tangisan lelaki berkenaan berlatarbelakangkan suara kanak-kanak dipercayai anaknya.

Si suami cuba meminta kebenaran pihak hospital untuk berjumpa dengan arwah isterinya buat kali terakhir bersama tiga orang anak mereka namun pihak hospital meminta si suami untuk datang ke bilik mayat bagi proses mengecam mayat.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen juga mendapati rata-rata warga net turut bersimpati dengan nasib yang dialami individu tersebut dan megucapkan takziah.

Seorang pengguna Facebook dengan nama ‘Saya Jujue’ berkata, dia sebak mendengar rintihan anak-anak arwah yang boleh didengari menerusi rakaman suara itu.

VIDEO:

“Sedih saya dengar rakaman suara ini, tambahan lagi bila mendengar suara anak-anak arwah turut menangis setelah dilaporkan kehilangan ibu mereka.

“Bayangkan bila hendak dikebumikan nanti, hendak menatap wajah ibu buat kali terakhir pun tidak dibenarkan, sangat menyedihkan,” katanya.

Sementara itu, Nur Liyana memberitahu, dia tidak dapat membayangkan betapa remuknya hati setelah dimaklumkan isterinya sudah tiada.

“Sudah hampir raya, isteri pula pergi meninggalkan suami serta anak-anaknya buat selama-selamanya. Remuknya hati.

“Saya yang doktor haiwan beritahu nyawa kucing tidak dapat diselamatkan pun saya sudah menangis teruk, apatah lagi berita seperti ini. Semoga Allah menempatkan isterinya di kalangan orang yang beriman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hakim Jumaah menjelaskan beliau tidak dapat membayangkan perasaan pihak hospital yang terpaksa menyampaikan berita itu.

“Kalaulah saya yang bertugas menjadi operator telefon untuk memaklumkan berita ini, tentunya saya gagal untuk meneruskan percakapan kerana tidak dapat menahan sebak.

“Apa-apa pun, salam takziah diucapkan kepada keluarga dan semoga roh si isteri diitempatkan bersama golongan orang yang beriman,” jelasnya.

Sayu, Suami Menangis Isteri MeninggaI Sebab Covid, Netizen Turut Bergenang Air Mata
Komen-komen netizen

Setakat pukul 1 tengahari hari ini, hantaran tersebut mendapat lebih daripada 5,000 tontonan dan 331 perkongsian daripada pengguna Facebook. – K! ONLINE

Facebook Comments Box

Leave a Reply