Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

Suami terlibat dalam dua kemalangan motosikal selama dua tahun dan mengakibatkannya sering menghantar motosikal ke bengkel untuk dibaiki kerana selalu ada masalah. Sedih melihat keadaan suaminya, wanita ini berikhtiar untuk melakukan sesuatu buat suaminya dengan menghadiahkan motosikal baru.Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menggunakan sebahagian wang simpanan yang mahu digunakan untuk membeli rumah bagi menggembirakan suaminya dengan melakukan kejutan di hari jadi suaminya.

Wanita berkenaan, Mariati Abdullah berkata, kejutan pada 18 Mei lalu itu dibuat sempena ulang tahun suaminya ke-33 dan baru berkongsi video mengenainya di aplikasi TikTok, minggu ini.

Berkongsi kisah di sebaliknya, dia yang berusia 33 tahun memberitahu rancangan kejutan itu dibuat mengenangkan suaminya terkesan akibat dua kemalangan motosikal pada 2019 dan 2020.

Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

“Kejadian yang pertama suami cedera hingga dimasukkan ke hospital bagi menjalani ujian MRI (Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik) sebab kepala dia terhantuk pada divider, mujur suami pakai helmet masa tu.

“Insiden kedua suami hanya mengalami luka ringan, tapi keadaan motosikal dia agak teruk selepas terbabit dengan kemalangan dengan motosikal lain.

Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

Motosikal milik suami Mariati yang terbabit dalam kemalangan pada 2019.

“Sejak dua kemalangan tu, suami selalu hantar motor dia ke bengkel sampai saya tertanya-tanya berapa habis kos baiki motor tu,” katanya

Mariati yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli motosikal baharu menggunakan sebahagian simpanannya bagi pembelian rumah.

“Sekarang ni kami menyewa rumah di Shah Alam, Selangor. Suami pula berulang-alik dengan motosikal yang asyik rosak tu dari Shah Alam ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Saya ada buat simpanan untuk beli rumah, tapi saya korbankan sebahagiannya untuk beli motosikal sebab itulah pengangkutan dia mencari rezeki buat keluarga,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga sejak 2013.

Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

Kunci motosikal baharu diserahkan kepada suami.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata lelaki itu, dia membeli motosikal jenis Yamaha LC135 secara tunai dan merancang untuk memberikannya secara mengejut.

“Saya rancang dengan seller untuk hantar motor tu bila suami tak ada. Minta hantar motor siang, tapi seller boleh hantar malam… suami pula ada di rumah waktu tu.

“Kebetulan, petang tu ada seorang pelanggan beli produk saya jual secara online dan minta COD (pembayaran tunai ketika serahan) sebelah malam.

“Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Seller dah standby dengan lori angkut motor. Bila suami keluar buat COD dengan anak-anak, motor terus dibawa masuk letak di ruang tamu,” ujarnya yang mengusahakan bisnes dalam talian secara kecil-kecilan.

Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

Mariati bersama suami dan anak-anak.

Mariati yang merupakan seorang penjawat awam berkata, kejutannya disambut dengan kegembiraan suaminya yang mencari rezeki sebagai runner secara sambilan selain kerja tetapnya.

Namun siapa sangka suaminya yang merupakan ‘family man’ dan rajin membantu membuat kerja-kerja rumah itu mendedahkan rahsia yang disimpan sejak berbulan-bulan lamanya.

Suami Asyik Ulang Alik Ke Bengkel Kerana Motosikal Sering Bermasalah, Isteri Korbankan Duit Simpanan Untuk Hadiahkan Motosikal Baru

“Selama ini suami bukan saja selalu hantar motor tu untuk dibaiki tapi kerap juga tersadai di tepi jalan atau lebuh raya sebab motor rosak. Ada juga orang bantu tolak motor dia.

“Dia tak nak beritahu sebab tak nak saya risau. Sebagai isteri, saya faham dia banyak berkorban untuk keluarga. Jadi apa salahnya saya juga berkorban untuk keselesaan dan keselamatan dia dengan menghadiahkan motor baru,” katanya.

Kredit: mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply