Sofia Jane Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Rider Penghantar Makanan

Datin Sofia Jane, pelakon dan selebriti terkenal yang pernah meraih anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin (ASK2007) memberi teguran terhadap sikap pengguna jalan raya yang suka melanggar lampu merah. Sofia Jane Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Rider Penghantar Makanan

Sofia Jane meluahkan rasa tidak senang dan menasihati geng penghantar makanan yang supaya mengikut undang-undang jalan raya dan hormatilah pejalan kaki yang mahu melintas.

“Saya mohon penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan main langgar. Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut.

“Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Kanak-kanak, orang tua nak berjalan pun payah, takut dilanggar. Apa nak jadi ni? Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” tulisnya di laman twitter.

“Kalau nampak lintasan pejalan kaki, perlahankan mobil, bukan main bedal.”

Sofia Jane juga memberitahu dalam satu posting yang lain akan pengalaman dirinya menyaksikan insiden yang melibatkan sikap pemanduan pemandu kereta di parkir yang hampir meragut nyawa kanak-kanak.

“Bawak kereta macam samseng di tempat letak kereta. Belum lagi jalan raya. Saya pernah lihat kanak-kanak berlari di parkir dan hampir-hampir dilanggar kereta yang bawa laju!”

Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan dan menceritakan pengalaman mereka. Sofia Jane Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Rider Penghantar Makanan Nak uturn, langgar lampu merah..

 Sofia Jane Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Rider Penghantar Makanan Faham kerja mereka perlu cepat, tapi jangan sesekali langgar lampu merah

 Sofia Jane Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Rider Penghantar Makanan

Pesanan ini bukan sahaja kepada rider penghantar makanan, tetapi kita semua hendaklah sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan diri dan juga pengguna lain ketika di jalan raya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply