Siti Nurhaliza Dan Suami Dikompaun RM10,000, Keluarga Norman Hakim Juga Dikompaun

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri  Khalid Mohamad Jiwa telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan apabila mengadakan majlis tahnik  pada awal Mei lalu.Siti Nurhaliza Dan Suami Dikompaun RM10,000, Keluarga Norman Hakim Juga Dikompaun

Majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa itu berlangsung selepas tujuh hari kelahiran bayi tersebut dan juga dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri.

Menerusi Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed turut memaklumkan Dr Zulkifli dan beberapa orang pendakwah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

 

Family Norman dan Abby pun kena kompaunSiti Nurhaliza Dan Suami Dikompaun RM10,000, Keluarga Norman Hakim Juga Dikompaun

 

Selain itu, ahli keluarga pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi turut dikenakan kompaun susulan daripada tindakan mereka berhari raya bersama tanpa sebarang penjarakkan sosial ketika Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP) telah dilaksana.

 

Kedua-dua pelanggar SOP yang dilakukan oleh public figure itu telah mendapat kecaman yang hebat oleh netizen di media sosial sehingga tular dan pihak polis telah memanggil kesemua mereka selepas kertas siasatan dibuka apabila ada pihak yang tampil membuat laporan.

Sumber: Berita Harian (Ruwaidah Md Zain), OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply