Siling Rumah Sewa Tiba-tiba Runtuh Dan Beberapa Ular Bisa Jatuh Dari Bumbung Ke Lantai

Boleh dikatakan setiap penghuni rumah mesti tidak mahu kehadiran sebarang haiwan perosak atau berbisa masuk kedalam rumah mereka. Begitu juga dengan keluarga ini.Siling Rumah Sewa Tiba-tiba Runtuh Dan Beberapa Ular Bisa Jatuh Dari Bumbung Ke Lantai

Kehadiran haiwan seperti tikus, lipas dan lebah di rumah sudah cukup membuatkan keluarga Harry Pugliese terganggu.

Namun apa yang berlaku baru-baru ini lebih mengerikan apabila keluarga ini mengetahui bahawa mereka juga tinggal sebumbung dengan ular!Siling Rumah Sewa Tiba-tiba Runtuh Dan Beberapa Ular Bisa Jatuh Dari Bumbung Ke Lantai

 

Reptilia itu menjadikan siling rumah keluarga Pugliese di Lafayette, Georgia, Amerika Syarikat, sebagai sarang.

Segala-galanya bermula apabila siling rumah sewa yang didiami mereka bocor dan runtuh, menyebabkan beberapa ekor ular terjuntai.

Pugliese mendakwa dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada tuan rumah, John Stafford, mengenai kebocoran atap sejak berpindah masuk ke rumah berkenaan bersama keluarganya.Siling Rumah Sewa Tiba-tiba Runtuh Dan Beberapa Ular Bisa Jatuh Dari Bumbung Ke Lantai

Namun hampa apabila aduannya tidak diendahkan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyelesaikan sendiri masalah tersebut dengan mengupah seorang tukang rumah bagi membaiki kebocoran atap berkenaan.

Tambahnya, dia juga tidak akan membayar sewa sehingga bumbung itu diperbaiki sepenuhnya dan semua haiwan serta serangga dimusnahkan.Siling Rumah Sewa Tiba-tiba Runtuh Dan Beberapa Ular Bisa Jatuh Dari Bumbung Ke Lantai

 

Namun lebih memburukkan keadaan, tuan rumah memberikan notis pengusiran kepada Pugliese. – Metro.co.uk

Facebook Comments Box

Leave a Reply