Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Ini serpihan tahi bintang paling cantik dan termahal, usia 4.5 bilion tahun. Cantik dan menakutkan, itu yang dapat digambarkan apabila melihat kejadian hempasan meteor. Para saintis menganggarkan bahawa kira-kira 48.5 tan (44,000 kilogram) bahan meteor yang jatuh di bumi setiap hari.Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Untuk pengetahuan umum,  meteor yang berjaya melalui atmosfera dan terhempas ke tanah disebut sebagai meteorit. Meteorit merupakan sebahagian daripada batuan besar yang telah pecah semasa dalam ‘perjalanan’ menuju ke atmosfera. Ianya biasa dijumpai dalam bentuk kerikil dan genggaman tangan.

Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Menurut NASA, meteorit yang jatuh ke bumi mewakili beberapa bahan asli yang telah membentuk planet sejak berbilion tahun yang lalu dan ia menyerupai batuan di bumi. Cuma yang dapat membezakannya adalah bahagian luarnya yang ‘terbakar’ dan kelihatan berkilat.

Ia terbentuk ketika permukaan luar meteorit meleleh ketika melintasi atmosfera.Lebih 50,000 meteorit ditemui Difahamkan,lebih daripada 50,000 meteorit yang telah dijumpai di bumi dan daripada jumlah tersebut, 99.8 peratus berasal dari asteroid,baki pecahan yang kecil pula berasal dari planet Marikh dan Bulan.Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Salah satu daripada meteorit tersebut telah ditemui di China dan dinamakan sebagai meteorit Fukang.Tergolong dalam meteorit stony-iron yang dikenali sebagai Pallasite, ianya merupakan potongan meteorit yang kelihatan sangat menakjubkan dengan cahaya yang bersinar ketika ‘disuluh’ cahaya matahari.

Penemuannya dianggap sebagai salah satu penemuan meteorit yang terbesar pada abad ke-21 dan spesimen batuan yang terdapat di dalam meteorit itu mengatasi semua contoh lain yang pernah dijumpai dari kelas Pallasite.Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Ia juga jarang berlaku kerana kebanyakan Pallasite tidak dapat bertahan ketika melalui atmosfera bumi.Terbentuk 4.5 bilion tahun yang lalu. Bagaimanapun, asal usulnya tidak dapat dipastikan walaupun kemungkinan besar ia berasal dari asteroid. Ia juga disyaki terbentuk ketika munculnya sistem suria iaitu kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu.

Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Meteorit Fukang telah ditemui oleh seorang pendaki yang tidak didedahkan identitinya pada tahun 2000 berhampiran bandar Fukang di Xinjiang iaitu sebuah wilayah autonomi di bahagian barat laut China.

Menurut laporan Ancient Origin, pendaki tersebut dikatakan sering berhenti di sebuah batu gergasi untuk menikmati makan tengah hari dan dia tertanya-tanya mengenai batu itu yang kelihatan seperti logam dan mempunyai kristal di dalamnya.

Justeru, dia memutuskan untuk memecahkan batu itu menjadi beberapa kepingan dan menghantarnya ke Amerika Syarikat. Hasil kajian mendapati bahawa ia merupakan dari sebuah meteorit.Serpihan Tahi Bintang Termahal, Berusia 4.5 Bilion Tahun

Memukau dan sangat berharga Kerana keindahan yang luar biasa, terdapat banyak permintaan dalam kalangan pengumpul yang menginginkan potongan meteorit itu.Hasilnya, sebilangan besar meteorit itu yang mempunyai berat 419.5kg berada dalam simpanan pengumpul tanpa nama.

Pernah juga ada cubaan untuk menjual meteorit itu di acara lelongan di Bonham’s, New York dengan harga sekitar USD 2 juta.Malah,pada Februari 2021, kepingan meteorit Fukang itu juga telah dijual dalam satu acara lelongan. Untuk satu bahagian yang kecil saja, nilainya boleh mencapai sehingga USD 30,000 (RM125,775).

Facebook Comments Box

Leave a Reply