Sekeluarga Dikejutkan Dengan Kehadiran Ular Tedung Sepanjang 6.5m Ketika Leka Tengok TV Di Rumah

Ketika berada di rumah, antara aktiviti yang biasa dilakukan semasa berada di dalam rumah semestinya adalah menonton TV.Sekeluarga Dikejutkan Dengan Kehadiran Ular Tedung Ketika Leka Tengok TV Di Rumah

Itulah aktiviti yang dilakukan oleh sebuah keluarga ini, namun tanpa disedari mereka ada benda lain yang turun menemani mereka menonton TV. Menurut laporan Astro Awani, kejadian ini berlaku di Kampung Haji Abbas, Baling dimana sebuah keluarga yang sedang menonton TV tidak sedar kewujudan seekor ular tedung selar menemani mereka!

Dengar sahaja perkataan ular tedung pasti anda boleh bayangkan betapa bahayanya jika mereka menjadi mangsa patukan reptilia sepanjang 6.5 meter.

Mangsa, Helmiza Omar menghubungi pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Faizol Ab Aziz pada hari kejadian, Sabtu jam 8 malam.Sekeluarga Dikejutkan Dengan Kehadiran Ular Tedung Ketika Leka Tengok TV Di Rumah

Pegawai yang bertugas mengatakan reptilia berkenaan bertindak agresif dan berada dalam kedudukan yang sedia untuk menyerang dan mereka mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk bertarung sebelum berjaya menundukkan ular seberat 10 kilogram itu.

 

Nasib baik mereka cepat sedar akan kewujudan ular ini dan mengambil tindakan yang tepat dengan meminta bantuan dan akhirnya ular itu dipindahkan dari rumah mereka.

Sementara itu kejadian yang lebih kurang sama juga berlaku di Alor Gajah baru-baru ini, tujuh sekeluarga berdepan detik cemas selepas seekor ular tedung selar tiba-tiba muncul dari sebuah rak televisyen rumah mereka di Jalan Keretapi Lama Pengkalan. Menurut Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah:Sekeluarga Dikejutkan Dengan Kehadiran Ular Tedung Ketika Leka Tengok TV Di Rumah

“Setiba di tempat kejadian kita dapati terdapat seekor ular jenis tedung selar seberat lima kilogram sedang melingkar di sebuah rak televisyen rumah berkenaan. Kerja-kerja menangkap ular dibuat dan haiwan berbisa itu dilepaskan di habitat asal di hutan Machap yang jauh dari kawasan perumahan.

 

Menurut laporan Kosmo!, Ular tedung selar sepanjang 4m itu berjaya ditangkap dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Facebook Comments Box

Leave a Reply