Satu mumia misteri yang mempunyai wajah menyerupai manusia dan ekor seperti ikan telah menyebabkan para pakar dan saintis menjadi keliru selama bertahun-tahun lamanya.
Baru-baru ini, dilaporkan sekumpulan saintis Jepun dikatakan akan mengkaji mumia ‘ikan duyung’ itu yang ditemui sekitar tahun 1736 hingga 1741 di luar Pulau Shikoku, Lautan Pasifik. Kedua-dua tangan mumia ‘duyung’ itu berada dalam keadaan memegang wajahnya, selain rambutnya juga masih kelihatan dan mumia itu juga mempunyai gigi yang tajam.
Pasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki telah melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mendedahkan misteri makhluk yang disimpan di sebuah tokong di bandar Asakuchi itu.
Menurut seorang penyelidik yang dikenali sebagai Hiroshi Kinoshita, mumia ‘duyung’ itu dipercayai berkemungkinan mempunyai kepentingan dari sudut agama.
Menurut legenda Jepun, ikan duyung Jepun dikatakan mempunyai keabadian iaitu masyarakat percaya seseorang yang makan daging ikan duyung, dia tidak akan mati. Malah beberapa legenda di jepun juga mengatakan terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung, dan wanita itu mampu hidup selama 800 tahun.
“Ikan duyung Jepun mempunyai legenda keabadian. Masyarakat percaya sekiranya seseorang itu makan daging ikan duyung, dia tidak akan mati. Beberapa legenda di Jepun menyatakan bahawa terdapat seorang wanita yang memakan daging ikan duyung, dan dia mampu hidup selama 800 tahun,” kata Kinoshita.
Terdapat sepucut surat yang ditinggalkan bersama mumia tersebut, yang ditulis oleh pemilik terdahulu yang menceritakan seba sedikit mengenai latar belakang mengenai penemuan makhluk tersebut.
“Seekor ikan duyung telah ditangkap menggunakan jala ikan di laut wilayah Kochi. Nelayan yang menangkapnya tidak mengetahui bahawa ia adalah seekor duyung bahkan membawanya ke Osaka untuk dijual sebagai ikan biasa.
“Nenek moyang saya telah membeli ikan itu dan menyimpannya sebagai khazanah milik keluarga,” demikian menurut surat yang bertarikh. pada tahun 1903 itu.