Inilah Sabun Termahal Di Dunia Ini Dan Mengandungi Serbuk Emas Dan Berlian Dijual Dengan Harga Lebih RM11,000.
Sabun buatan Lubnan muncul sebagai sabun paling mahal di dunia apabila dijual secara eksklusif dengan nilai AS$2,800 (RM11,446) satu bar.
Dakwaan itu dibuat sebuah keluarga yang memiliki kilang pembuatan sabun sejak abad ke-15.
Sabun jenama Khan Al Saboun itu dihasilkan di kilang di Tripoli oleh Bader Hassen & Sons yang membuat pelbagai sabun dan produk kecantikan mengandungi minyak pati dan wangian semula jadi.
Dilaporkan Oddity Cental, produk terbabit dijual di beberapa kedai paling eksklusif di Dubai dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun, produk paling mahal hanya ditawarkan kepada pelanggan khas dan personaliti penting.
Sabun termahal di dunia mengandungi emas dan serbuk berlian dilaporkan bernilai AS$2,800 itu dibuat kali pertama pada 2013, dijadikan sebagai hadiah wanita pertama Qatar.
Pada asalnya, ia kelihatan seperti kepingan keju mahal, kini ditambah baik Bader Hassen & Sons.
Dalam satu rakaman video yang tular, ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Amir Hasen menawarkan sabun berkenaan kepada aktres dan bintang Instagram Bahrain, Shaila Sabt.
Bahkan sabun itu boleh dibuat ukiran nama penerima dengan emas 24 karat.
“Sabun itu mengubah rutin harian mandi anda menjadi mudah.
“Ia bukan hanya sabun termahal di dunia kerana dibuat daripada emas dan berlian, namun ia sesuatu istimewa kerana memberikan kesan psikologi dan kerohanian kepada pemakainya,” kata Hasen kepada BBC.