ENtri kali ini ialah mengenai risiko tidur lampu terpasang dan kebaikan tutup lampu bila tidur. Sebelum itu, kami ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda tidur dengan lampu terpasang atau masih menyala ataupun anda padamkan lampu apabila hendak tidur? Adakah anda tidur berdengkur? Kebiasaannya orang yang tidur dengan lampu terpasang selalu dianggap sebagai seorang yang penakut atau takut dengan gelap.
Tahukah anda bahawa tidur dengan lampu terpasang adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak digalakkan untuk kesihatan kita? Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dengan lampu terpasang memberikan risiko kepada seseorang itu untuk mengidap penyakit leukimia.
Apabila tidur dengan lampun masih menyala, otak kita akan dapat mengesan lampu menyala dan menyebabkan penghasilan bahan melatonin juga menurun. Apa itu melatonin? Melatonin ini adalah hormon atau bahan yang diperlukan oleh tubuh kita untuk menentang sebarang penyakit seperti kanser.
Kebaikan Tidur Tutup Lampu:
1) Memperbaiki Sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
2) Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding dengan tidur dengan lampu terpasang.
3) Mencegah Penyakit Seperti Kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti kanser, leukimia.
4) Menjimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik
Bayangkan kalau kita tidur semalaman dengan lampu terpasang mesti agak rugi sebab kita membazirkan elektrik tanpa menggunakannya. Oleh itu, kalau tutup lampu sebelum tidur, sedikit sebabya boleh kurangkan bil elektrik rumah kita.
Bahaya Tidur Lampu Terpasang:
Tidur yang tidak lena dan tidak memuaskan disebabkan badan dan otak kita kita tidak dapat berehat sepenuhnya apabila tidur dengan lampu terpasang. Tidur dengan lampu terpasang juga menyebabkan penghasilan hormon meatonin dalam badan kita terjejas dan mungkin menyebabkan tubuh kita terdedah kepada penyakit.