Seorang rider menjadi tular di media sosial selepas fotonya yang memakai kaki palsu ditularkan oleh sebuah page di facebook. Rider berkenaan sebenarnya seorang pemudia yang dikenali sebagai Danial Asyraf Roslan merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang memakai kaki palsu dan melakukan penghantaran di sekitar Melaka.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah yang sesuai digambarkan dengan pemuda ‘berkaki besi’ yang tular di media sosial baru-baru ini kerana kegigihannya bekerja sebagai ‘rider’.
Meskipun berdepan episod ngeri dalam hidup apabila terlibat kemalangan pada 2017 sehingga terpaksa menyebabkan kaki kanannya dipotong, pemuda berusia 20an itu bersyukur mendapat sokongan keluarga untuk meneruskan kehidupan.
Anak bongsu daripada empat beradik ini bagaimanapun tidak mengharapkan belas ihsan orang lain dalam mencari rezeki, sebaliknya berusaha berdikari dalam mencari rezeki.
“Pada mulanya agak sukar untuk saya meneruskan kehidupan. Tapi saya bersyukur kerana sokongan keluarga memberi semangat untuk bangkit semula,” katanya.
Biarpun kekurangan dari segi fizikal, Danial tekad melakukan empat kerja dalam satu masa mengikut permintaan semasa.
Selain daripada menghantar barang, dia turut membuat kerja penghantaran secara sambilan untuk sebuah restoran.
“Pada masa sama, saya buat part time delivery untuk kakak saya yang berniaga susu. Saya juga sedia khidmat runner kepada sesiapa yang memerlukan khidmat penghantaran saya.
“Kiranya ada empat kerja dalam satu masa. Tapi semuanya bergantung rezeki daripada Tuhan. Kalau tak ada yang ini mungkin ada yang itu,” tambahnya.
Selepas gambar-gambar pemuda ini tular, rata-rata netizen yang memuji kegigihan pemuda tersebut dalam mencari rezeki.
Bukan senang nak cari rezeki zaman sekarang ni, respek semangat brader ni tak putus asa! Semoga terus cekal mencari rezeki untuk menyara diri sendiri dan keluarga.
Semoga pemuda ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.