Kalau sudah rezeki memang tak kemana, seorang lelaki yang merupakan Ketua Kampung Tanjung Lipis yang dikenali sebagai Najid Abu, 47 tidak menyangka akan rezeki yang diperolehnya selepas memasang taut di Sungai Jelai.
Selepas menghantar anak ke sekolah, Najid Abu yang turun ke sungai jam 7.30 pagi terkejut dan tergaman apabila melihat taut yang dipasangnya petang semalam menggunakan umpan ikan keli hidup.
Ternyata seekor ikan baung ekor merah bersaiz besar dilihat menggelupur di permukaan air untuk melepaskan diri dari taut yang dipasangnya.
Mungkin sudah rezeki Najid kerana sekiranya dia terlewat, ikan baung ekor merah yang seberat 50kg itu berkemungkinan dapat terlepas kerana tali taut yang diikat pada dahan pokok tepi sungai itu boleh putus direntapnya.
Ketua kampung ini kemudiannya menarik ikan baung ekor merah itu ke daratan dengan berhati-hati kerana takut ianya terlepas balik ke sungai.
Dia kemudian membawa ikan itu ke sebuah kedai runcit di pekan Kerambit. Ikan baung itu kemudiannya dipotong dan ditimbang kepada orang ramai dengan harga RM25 sekilogram.
Najid bersyukur kerana ikan baung ekor merah yang seberat 50kg itu berjaya memberikan pulangan yang lumayan kepadanya dengan hasil jualan sebanyak RM1250 total.
Kredit: Kosmo